Satio
J108i
J108i ini adalah telefon bimbit biasa yang dihadiahkan oleh isteriku sempena 'kematian' telefon bimbit Satio (Sony Ericsson Symbian) aku. Harganya 6 kali lebih murah namun tidaklah menyakitkan hati seperti telefon Symbian kerana baterinya tahan lama dan tiada masalah kekunci. Kerana terikutkan nafsu aku membelinya (Satio) tanpa berfikir panjang dan akhirnya memakan diri apabila "touch screen" rosak sebanyak 2 kali dan bateri yang sudah ditukar sebanyak 3 kali. Satu-satu yang boleh diharap tentang Satio ialah kualiti kameranya (12 mp) yang harus diberi 5 bintang. Dalam penelitian aku produk ICT berasaskan 3 dalam 1 walaupun apa jenamanya tetap akan membawa masalah, adalah lebih baik membeli produk-produk asas secara berasingan.