Tarikh
pendaftaran untuk Tahun 1 2013 semakin hampir, walaupun pelbagai kaedah promosi
telah dijalankan namun penglibatan daripada rumah panjang amat kurang. Kekangan waktu dan wang atau kurang
pendedahan pentingnya pendidikan mungkin menyebabkan masalah ini berlaku. Kami
percaya bahawa setiap warganegara Malaysia harus menerima pendidikan secara
adil maka dengan itu kami yang pergi mencari mereka di rumah-rumah panjang
seperti tahun-tahun sebelum ini. Mencari murid Tahun 1 di sini diumpamakan
seperti hujan yang membasahi bumi dan bukan timba mencari perigi seperti yang
sepatutnya. Hari ini kami menjelajah hingga ke kem-kem balak bagi memastikan
tiada satupun warganegara Malaysia yang layak terlepas daripada pandangan kami.
Wednesday, March 28, 2012
Monday, March 26, 2012
Hari
yang sangat panas bila empat hari berturut-turut tiada hujan membasahi bumi
sejak jumaat lepas, ini membuatkan perjalanan berjumpa dengan isteri di
Selangau dirasakan sangat mencabar daripada kebiasaan pada hujung minggu. Mana
tidaknya debu sentiasa memenuhi cermin Hilux sewaktu perjalanan pergi dan balik
ke Belaga. Alhamdulillah air sungai sentiasa pasang kerana Empangan Bakun
sentiasa melepaskan air pada kadar yang sesuai dengan keperluan kami. Terdapat
ramai juga penduduk kampung yang menjual hasil tangkapan ikan seperti tekadak,
buris dan baung kepada staf sekolah. Harap-harap ikan kelah singgah ke pintu
rumah minggu ini kerana boleh juga dibuat ole-ole untuk isteri.
Wednesday, March 07, 2012
Minggu
yang sangat sibuk sama ada di rumah atau di sekolah, ini kerana aku sedang
bereksperimen dengan satelit yang baru di beli minggu lepas.
Di sekolah amanah (memangku tugas-tugas Guru Besar) memantau sekolah menjadi
keutamaan kerana ketiadaan pihak pentadbir yang pergi ke MSSRD Belaga. Minggu
ini terpaksa memujuk dan mengejar murid yang tidak mahu menerima rawatan
pergigian dan imunisasi.
Friday, March 02, 2012
Sistem Nombor Bahasa Kenyah
1. se
2. due
3. telu
4. pat
5. lime
6. nem
7. tusuk
8. aye
9. pien
10. puluk
11. puluk se
12. puluk due
13. puluk telu
14. puluk pat
15. puluk lime
16. puluk nem
17. puluk tusuk
18. puluk aye
19. puluk pien
20. duo polu
21. duo polu se
100. se atu
101. se atu se
1000. se libu
10001. se libu se
2. due
3. telu
4. pat
5. lime
6. nem
7. tusuk
8. aye
9. pien
10. puluk
11. puluk se
12. puluk due
13. puluk telu
14. puluk pat
15. puluk lime
16. puluk nem
17. puluk tusuk
18. puluk aye
19. puluk pien
20. duo polu
21. duo polu se
100. se atu
101. se atu se
1000. se libu
10001. se libu se