Sunday, September 23, 2012

Round The Clock (KSSR PJ T3)

Tepuk Riang Ria (KSSR PJ T3)

Merry Go Round (KSSR PJ T3)

Ceria Bersama (KSSR PJ T3)

Tuesday, September 18, 2012

Saturday, September 08, 2012









Engkabang









KITA mungkin biasa mendengar dan melihat minyak dihasilkan menggunakan buah kelapa, jagung dan kelapa sawit, namun tidak ramai yang mengetahui masih terdapat sejenis buah yang boleh diproses untuk dijadikan minyak masak.
Buah yang dimaksudkan ialah engkabang. Mungkin ramai antara kita yang tidak pernah mendengar namanya apatah lagi melihatnya di depan mata. Ini kerana pokok engkabang banyak tumbuh di kawasan pedalaman Sarawak termasuk di sekitar Sungai Rajang.
Buah engkabang atau nama saintifiknya shorea macrophylla cukup sinonim di kalangan masyarakat yang tinggal di pedalaman Sarawak terutama kaum Iban.
Bagi masyarakat Iban, buah itu turut dikenali sebagai bilun atau buah helikopter kerana mempunyai pelepah kecil yang melindungi buahnya seolah-olah bilah kipas helikopter.
Menurut penduduk tempatan, mereka sangat terpegun apabila melihat buah engkabang gugur dari pokok kerana buahnya jatuh secara berputar bagaikan helikopter hendak mendarat.
Engkabang mempunyai keunikan tersendiri kerana berbuah tiga hingga lima tahun sekali dan mengandungi khasiat sebagai agen antipenuaan.
Buahnya bukan sahaja dijadikan minyak, malah turut diproses bagi menghasilkan produk kosmetik untuk golongan wanita.
Ada juga sesetengah masyarakat di Sarawak menjadikan buah engkabang sebagai ulam kerana rasanya lebih lemak dan berbau harum sementara kayunya pula amat bernilai kerana boleh digunakan untuk membuat rumah.
Bagaimanapun, cara memproses minyak amat rumit kerana kulit buah engkabang perlu dikupas terlebih dahulu sebelum isinya dijemur untuk dikeringkan.
Menurut cara tradisional, isi engkabang yang sudah kering kemudian ditumbuk hingga halus dan diperah hingga keluar minyaknya.
Kemudian, minyak tersebut akan disimpan di dalam buluh sehingga menjadi seperti mentega sebelum digunakan untuk memasak.
Minyak yang dihasilkan daripada buah engkabang sangat sesuai digunakan untuk membuat nasi goreng kerana harumannya yang membuatkan nasi menjadi sedap.
Bagi penduduk yang bergantung hidup dengan memungut hasil hutan, ketibaan musim engkabang amat dinanti-nantikan kerana ia menjadi punca pendapatan.
Pada Februari lalu, penduduk di Song, Sarawak bagaikan berpesta menyambut kedatangan musim engkabang sehingga mereka sanggup berjalan di atas kayu-kayu terapung di sungai untuk memungut buah engkabang yang gugur sebelum dijual kepada pemborong.
Seorang tukang kebun, Selah Awi, 42, berkata, ramai orang termasuk kanak-kanak masuk ke hutan untuk mencari buah engkabang.
"Kami akan pungut buah engkabang yang gugur sebelum dibawa balik ke rumah untuk dikeringkan.
"Selepas isi engkabang kering barulah kami menjualnya kepada pemborong kerana isi yang telah dikeringkan lebih mahal harganya," kata Selah kepada Kosmo! baru-baru ini.
Menurut lelaki itu, beliau turut menanam pokok engkabang di kebun yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
"Dulu pokok engkabang banyak tapi sekarang tinggal sedikit saja kerana ia terpaksa ditebang untuk mendapatkan kayu bagi tujuan membuat rumah," ujarnya.
Selah memberitahu, dengan bantuan isteri dan anak-anak, mereka bersama-sama membelah buah engkabang bagi mengasingkan isi dan kulitnya untuk dijemur sebelum dijual.
Beliau berkata, sekarang susah untuk mendapatkan minyak yang dihasilkan daripada buah engkabang kerana prosesnya yang rumit.
"Kalau dulu, orang kampung akan buat minyak sendiri dengan memasak biji engkabang di dalam buluh, namun sekarang tidak ada lagi, malah di kedai pun sudah tiada," kata beliau.
Bagi pemborong buah engkabang yang hanya mahu dikenali sebagai Lau, 56, setiap kali tibanya musim engkabang, halaman rumahnya mesti dikosongkan untuk dijadikan tempat mengumpul buah yang telah dijual oleh penduduk.
"Kadang-kadang sampai tiga tan buah yang telah kering dijual oleh penduduk sehinggakan tidak cukup tempat untuk menyimpannya," katanya yang menjadi pemborong engkabang sejak tahun 1986.
Katanya, buah engkabang yang belum kering dibeli pada harga 60 sen sekilogram, manakala isi yang telah kering dibeli pada harga antara RM1 hingga RM2.
"Walaupun saya membeli buah yang telah kering, namun ia akan terus dijemur dan dikeringkan lagi untuk mendapatkan kualiti terbaik sebelum dihantar ke Sibu.
"Buah ini kemudiannya akan dieksport ke luar negara kerana mendapat permintaan yang tinggi di sana," jelasnya.
Di saat kemeriahan penduduk memungut engkabang apabila tiba musimnya, penduduk tempatan bagaimanapun melahirkan rasa kecewa kerana banyak pokok telah ditebang oleh pembalak haram dan untuk tujuan pembangunan.
Sumber: Kosmo

Thursday, September 06, 2012

Hari ini genap 2 tahun sebulan aku berehat daripada berlari samada berlatih mahupun memasuki mana-mana pertandingan. Kecederaan "ACL" betul-betul mengubah cara bekerja berbanding tahun-tahun sebelumnya hinggakan sudah tidak lagi menyentuh wisel dan padang kecuali hari minggu di mana aku bertugas sebagai warden. Namun sudah ditakdirkan aku tidak dapat lari juga dalam bidang sukan kerana dipilih juga menyertai kursus di Kuching menjadi fasilitator di Belaga walaupun sudah menolaknya secara baik. Harapnya ada sinar buat aku dalam menangani masalah ini kerana tiada kemudahan fisioterapi di Belaga, untuk ke Hospital Bintulu pada hari "week day" adalah hampir mustahil kerana kekangan geografi. Hinggakan hari ini untuk rawatan pemulihan selain daripada fisioterapi sendiri aku juga berjumpa dengan pengamal perubatan tradisional di sini sebagai usaha yang termampu dibuat.