Saturday, November 02, 2013
Thursday, August 29, 2013
Monday, April 01, 2013
Secrets of Steve Jobs
Buku ini ditulis oleh
Carmine Gallo seorang wartawan yang amat mengagumi CEO Apple iaitu Steve Jobs. Steve
Jobs amat hebat bila mempersembahkan sesuatu produk (Apple) lalu mewujudkan
suasana fanatik terhadap dirinya oleh peminatnya hingga jika ada khabar
angin mengatakan beliau mati menyebabkan saham Apple jatuh. Bagi Carmine Gallo
jika seseorang mempunyai produk yang hebat jika ia gagal menjualnya ia adalah
produk yang gagal.
Beliau (Carmine) merumuskan persembahan berkesan
Steve Jobs adalah berdasarkan 9 unsur.
i.
Tajuk utama.
Tajuk utama haruslah tidak melebihi 140 patah
perkataan seperti “Apple mencipta semula
telefon” menggambarkan iphone
yang mempunyai pelbagai fungsi. Ia
juga harus mudah diingat dan konsisten.
ii.
Persembahan yang penuh bersemangat.
Steve Jobs sentiasa bersemangat bercerita tentang
produknya, mulanya ia akan bercerita tentang masalah. Kemudian ia akan
bercerita tentang penyelesaiannya dan melakukan persembahan yang dramatik.
iii.
3 mesej penting.
Tidak perlu memasukkan semua ciri produk semasa
persembahan cukup 3 atau 4 sahaja. Tidak perlu menggunakan bahasa yang teknikal
seperti produk MacPro-“Intel Core 2 Duo, 2 kGHz, 2GB, 1,0056 MHz,
DDR3, SDRAM, 5,4000 rpm & 250 GBATA.” Sebaliknya lebih mudah
menggunakan “Keseluruhannya luar dan
dalam memang cantik. Ia dapat melakukan segala-galanya oleh PC dan lebih baik.
Ia mempunyai system operasi yang termaju di dunia”.
iv.
Metafora dan analogi.
Penggunaan metafora dan analogi sangat berkesan kepada
audien seperti apabila Steve Jobs menggambarkan ipad ia menyebut sebagai “basikal
di minda kita” kerana fungsi yang pelbagai.
v.
Demontrasi.
Demontrasi secara spontan juga amat berkesan tentang
keberkesanan sesuatu produk sebagai contoh Steve Jobs melakukan carian Starbucks
melalui Google Maps (iphone) kemudian
langsung menghubungi Starbucks menggunakan iphone.
vi.
Rakan Kongsi.
Menjemput rakan kongsi dalam demontrasi banyak
membantu Steve Jobs, sebagai contoh beliau pernah menghubungi Madonna secara
langsung semasa pelancaran ipod.
vii.
Bukti pelanggan dan sokongan pihak
ketiga.
Mendapatkan testimony daripada pelanggan adalah satu unsure
yang sangat berkesan.
viii.
Klip video.
Klip video juga banyak membantu dalam persembahan
kerana ia dapat mewujudkan kisah jenama penuh inspirasi.
ix.
Carta dan prop.
Jangan sekali-kali menggunakan “bullet point”
dalam power point kerana ia tidak banyak membantu dalam persembahan. Gunakan
gambar atau carta mengambarkan sesuatu produk dan manusia (suara) yang akan memberi
makna kepada gambar bukannya tulisan yang berjela-jela. Hasilkan slaid yang menawan tanpa tulisan yang banyak.Selain itu ada beberapa perkara yang harus ditekankan iaitu:-
a. "Baldi Minda" iaitu kita mesti bersedia menjawab segala soalan dengan bijak.
b. Memberikan makna kepada nombor, sebagai contoh ipod mempunyai memori 5GB tidak membawa apa-apa makna sepatutnya ia harus ditulis "1000 lagu dalam saku kamu."
c. Setiap persembahan adalah cerita yang mempunyai penjahat (produk lain) dan hero (Apple).
d. Berlatih setiap perkara dengan sempurna.
e. Berseronok!.
Friday, March 15, 2013
Doktor Umum
Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad
Buku setebal 982 muka surat ini
melihat secara makro daripada perspektif Tun M bagaimana keadaan Malaysia dari
sebelum perang dunia ke 2 hingga ke zaman pemerintahan Tun Abdullah. Antara yang menarik perhatian saya
ialah kepercayaan, teknologi, arahan kerja yang jelas, pengswastaan, political mileage, pandang ke timur, menyelamatkan
syarikat dan sindrom Mahathir.
Kepercayaan
Di kalangan pemimpin Malaysia,
mereka sering mendapatkan perubatan di luar negara kerana tidak pernah yakin
dengan doktor di Malaysia (sehingga
sekarang) namun Tun M sangat percaya dengan kebolehan doktor Malaysia
apabila mendapatkan rawatan pembedahan jantung di IJN sebanyak 2 kali. Inilah
masalah yang mempengaruhi minda rakyat termasuk pemimpin hingga menyukarkan
kerajaan melaksanakan pelbagai program seperti Proton, Sukom dan PLUS kerana
tidak pernah percaya kepada kebolehan sendiri.
Teknologi
Apabila Proton bekerjasama dengan
Mitsubshi tidak berlaku perpindahan teknologi di situ melainkan jalinan
kerjasama yang erat dalam pembuatan. Untuk mendapatkan teknologi Proton
terpaksa membeli Lotus dan MV Augusta untuk mendapatkan teknologi terkini,
malangnya Tun Abdullah telah menjual MV Augusta dengan harga yang rendah di
atas alasan membazir.
Arahan yang jelas
Pentingnya arahan yang jelas
daripada pemimpin kepada anak buah juga harus ditekankan, kebanyakan syarikat
di bawah kawalan kerajaan sentiasa rugi kerana tiada arahan yang jelas kepada
pekerja. Sebagai contoh seorang penyelia kilang tin nanas tidak mempunyai
senarai tugas menyebabkannya tidak tahu apa yang perlu diselia. Contoh yang
paling baik ialah NKRA yang diwujudkan sekarang ialah apa yang dikatakan arahan
yang jelas.
Pengswastaan
Rasional pengswastaan adalah
untuk mengurangkan beban kerajaan dan menambah produktiviti syarikat, bagaimana
ia berlaku? Jika semasa era Jabatan Telekom kerajaan terpaksa mengeluarkan
RM200 juta setahun untuk menanggung kos operasi dan permohonan mendapatkan
kemudahan telefon mengambil masa 2 tahun. Sekarang kerajaan tidak perlu
mengeluarkan apa-apa peruntukan dan mendapat cukai syarikat malah permohonan
mendapatkan kemudahan telefon sangat cepat dan pelbagai produk ditawarkan.
Bayangkan jika kerajaan masih mengurus Jabatan Telekom!
Political Mileage
Adalah penting kita membantu negara-negara
miskin memajukan kerana jika banyak negara miskin ini maju secara globalnya
akan menguntungkan Malaysia kerana dapat menjalankan usahama perniagaan dan political mileage di masa akan datang.
Antara negara-negara yang dibantu ialah di kawasan benua Amerika Latin dan
Afrika. Kesan baik hubungan dengan negara-negara ini cuma akan dirasai selepas
berpuluh tahun kemudian seperti pasaran untuk eksport Malaysia dan memperoleh
undian dalam apa-apa persaingan penganjuran sukan misalnya.
Pandang ke Timur
Kenapa pandang ke Timur?
Sebenarnya pandangan bahawa Barat sangat hebat dan kita mendapat faedah dengan
berbaik dengan mereka adalah palsu belaka sebagai contoh yang paling mudah
kabanyakan kita dimomokkan bahawa semua jet pejuang dari AS sangat hebat hingga
membuatkan kita membeli jet pejuang F 18. Namun apa yang berlaku adalah
sebaliknya, kita memiliki F 18 tanpa pakej “source code” hingga untuk
mempertahankan negara kita perlukan kebenaran mereka. Ini dibuktikan semasa Op
Daulat, Lahad Datu pesawat ini tidak digunakan mengebom musuh cuma sebagai
bantuan moral kepada askar-askar kita. Jepun, Korea Selatan dan China sangat
hebat dalam memajukan negara mereka dan sanggup membantu Malaysia dalam banyak
perkara berkaitan dengan ekonomi dan teknologi. Lagipun budaya kerja orang
Jepun dan Korea Selatan harus diikuti hingga terbinanya Menara KLCC. Budaya
saing mereka sangat hebat dimana syarikat Jepun membina menara A dan syarikat
Korea Selatan membina menara B, akibat persaingan yang sihat antara mereka
menara ini siap lebih cepat daripada jangkaan.
Menyelamatkan Syarikat
Kerap dikatakan Tun M sangat
kroni kerana banyak menyelamatkan syarikat-syarikat di Malaysia seperti Renong (saya sendiri bekerja di situ sebelum ini)
dan MAS. Semua ini ada sebabnya jika sesebuah syarikat tutup akan berlaku
pemberhentian kerja, bila mereka tiada kerja mereka tidak dapat membayar hutang
piutang seperti rumah dan kereta, di pihak kerajaan akan kehilangan keuntungan
cukai syarikat berjuta-juta setahun. Semua pihak mengalami kerugian termasuklah
makcik yang menjual karipap dan goreng pisang kerana kurangnya permintaan.
Sindrom Mahathir
Projek-projek Mega yang telah dilaksanakan oleh
Tun M ialah seperti KLCC, Putrajaya, ERL, LRT, Jambatan Lengkung dan Landasan
Berkembar KTM, semasa menuntut di Universiti Malaya kami menggelarkan
perkara-perkara ini adalah sindrom Mahathir tanpa mengetahui rasional di
sebaliknya. Sebenarnya beliau mahu segala projek kerajaan boleh digunakan
paling kurang 100 tahun supaya kerajaan tidak perlu menanggung kos membina yang
akan semakin meningkat. Ini terjadi kepada Lapangan Terbang Subang sudah tidak
mampu menampung beban walaupun telah diubah suai beberapa kali dengan belanja
yang amat besar.
Thursday, February 14, 2013
Sunday, February 03, 2013
Udang Batu
Udang batu ialah yang jenis udang tahan lama tanpa air, mengikut pengalaman penulis ia masih hidup di dalam bekas tanpa air selama 4 jam. Ada pendapat mengatakan ia dapat bertahan sehingga sehari.
Tuesday, January 08, 2013
Kakus
Buah kakus ialah panggilan orang Iban, manakala orang Kejaman memanggilnya sebagai buah isau. Buah ini bentuknya sama seperti buah mata kucing atau longan begitu juga rasanya tetapi ia tidak serupa kerana isinya lebih tebal dan kulitnya sangat kasar. Ia mempunyai dua jenis iaitu warna hijau dan kuning, biasanya warna hijau dijual lebih mahal berbanding warna kuning.
Keranji/Koran
Inilah buah yang selalu dipantunkan sastera melayu, ada orang menyebutnya buah keranji dan ada yang menyebutnya sebagai buah koran. Buahnya berwarna coklat hitam dan mempunyai kulit yang lembut dan rapuh. Isinya masam seperti asam boi juga lembut dan mempunyai biji seperti biji saga. Ia biasanya gugur di bawah pohon balak.