Friday, August 03, 2007

Aku cuma tersedar yang aku tertinggalkan motor aku di Taman Desa bila gagal mencari mencari topi keledar aku pagi ini, maklumlah petang semalam aku menjalankan latihan simulasi sejauh 4.4km untuk Faizal yang akan memasuki Rat Race selasa depan dan selepas itu dia dipaksa menghantar mentornya pulang ke rumah. Mujur juga senang mendapat bas Rapid KL pagi ini dan boleh sampai ke pejabat sebelum pukul 7.45 pagi jika tidak punahla harapan aku untuk mendapat anugerah pekerja cemerlang untuk sesi yang akan datang. Sudah nampak kelibat Marsha di kedai Lebai semalam dan keluar suara nakal daripada mulut Tyson mengatakan bahawa aku akan kecewa dengan berita pertunangan Marsha setengah purnama lepas. Apalah sangat suara nakal itu untuk diambil pusing dibandingkan dengan suara-suara kecil di dalam kepala pesakit mental seperti aku ini, inilah sifat yang aku suka dengan bangsa aku cuma boleh berfikir di dalam tempurung. Tidak pernahkah mereka terfikir bahawa Marsha selepas ini akan kecewa kerana tidak boleh berlari bersama lelaki gila yang boleh menabur janji-janji manis iaitu bulan dan bintang seperti aku dan melakukan pendakian juga bersama aku tanpa Zafrul yang gatal itu. Aku rasa sudah tentu tunangnya terloncat kegirangan sekarang ini kerana sudah tentu pergerakan Marsha akan tersekat jika dia tiada bersama dan dalam pemerhatian aku sudah pasti dia tidak akan membenarkan Marsha mengikut aku. Lagipun kalau Marsha menjadi awek aku pun susah juga maklumlah Syahril Kaki Ampu sudah tentu akan menggelarkan kami sebagai “beauty and the beast” tahun ini dan Azam Orang Minyak mesti bertanyakan perkhidmatan bomoh Siam mana yang telah aku dapatkan!

No comments:

Post a Comment