Hari ini perburuan murid-murid tahun satu untuk tahun 2010 bermula di Rumah Menjawah, Rumah Lahanan dan dua penempatan kem balak. Kami terpaksa meredah Batang Rajang dan masuk ke penempatan-penempatan tersebut bermula jam 10.30 pagi dan berakhir jam 4.00 petang. Hasilnya kami cuma dapat mendaftarkan cuma dua orang murid dari Rumah Menjawah kerana rata-rata mereka lebih senang menghantar anak mereka ke kawasan agak maju seperti di Belaga. Hasil yang sedikit dengan usaha yang sangat-sangat banyak itu adalah perkara biasa untuk guru-guru di penempatan paling hulu (P3). Oleh itu kepada sesiapa yang nak merasa elaun yang banyak bolehlah menyahut cabaran mengajar di sini!.
salam..
ReplyDeletetumpang tanya..
saya bakal menjalani interim di SK Long Segaham, Belaga. Berapakah elaun pedalamannya?