Tuesday, January 08, 2013

Kakus

Buah kakus ialah panggilan orang Iban, manakala orang Kejaman memanggilnya sebagai buah isau. Buah ini bentuknya sama seperti buah mata kucing atau longan begitu juga rasanya tetapi ia tidak serupa kerana isinya lebih tebal dan kulitnya sangat kasar. Ia mempunyai dua jenis iaitu warna hijau dan kuning, biasanya warna hijau dijual lebih mahal berbanding warna kuning.

Keranji/Koran


Inilah buah yang selalu dipantunkan sastera melayu, ada orang menyebutnya buah keranji dan ada yang menyebutnya sebagai buah koran. Buahnya berwarna coklat hitam dan mempunyai kulit yang lembut dan rapuh. Isinya masam seperti asam boi juga lembut dan mempunyai biji seperti biji saga. Ia biasanya gugur di bawah pohon balak.