Wednesday, March 28, 2012

Tahun 1, 2013

Tarikh pendaftaran untuk Tahun 1 2013 semakin hampir, walaupun pelbagai kaedah promosi telah dijalankan namun penglibatan daripada rumah panjang amat kurang.  Kekangan waktu dan wang atau kurang pendedahan pentingnya pendidikan mungkin menyebabkan masalah ini berlaku. Kami percaya bahawa setiap warganegara Malaysia harus menerima pendidikan secara adil maka dengan itu kami yang pergi mencari mereka di rumah-rumah panjang seperti tahun-tahun sebelum ini. Mencari murid Tahun 1 di sini diumpamakan seperti hujan yang membasahi bumi dan bukan timba mencari perigi seperti yang sepatutnya. Hari ini kami menjelajah hingga ke kem-kem balak bagi memastikan tiada satupun warganegara Malaysia yang layak terlepas daripada pandangan kami.

Monday, March 26, 2012

Hari yang sangat panas bila empat hari berturut-turut tiada hujan membasahi bumi sejak jumaat lepas, ini membuatkan perjalanan berjumpa dengan isteri di Selangau dirasakan sangat mencabar daripada kebiasaan pada hujung minggu. Mana tidaknya debu sentiasa memenuhi cermin Hilux sewaktu perjalanan pergi dan balik ke Belaga. Alhamdulillah air sungai sentiasa pasang kerana Empangan Bakun sentiasa melepaskan air pada kadar yang sesuai dengan keperluan kami. Terdapat ramai juga penduduk kampung yang menjual hasil tangkapan ikan seperti tekadak, buris dan baung kepada staf sekolah. Harap-harap ikan kelah singgah ke pintu rumah minggu ini kerana boleh juga dibuat ole-ole untuk isteri.

Wednesday, March 07, 2012

Minggu yang sangat sibuk sama ada di rumah atau di sekolah, ini kerana aku sedang bereksperimen dengan satelit yang baru di beli minggu lepas. Di sekolah amanah (memangku tugas-tugas Guru Besar) memantau sekolah menjadi keutamaan kerana ketiadaan pihak pentadbir yang pergi ke MSSRD Belaga. Minggu ini terpaksa memujuk dan mengejar murid yang tidak mahu menerima rawatan pergigian dan imunisasi.

Friday, March 02, 2012

Sistem Nombor Bahasa Kenyah

1. se
2. due
3. telu
4. pat
5. lime
6. nem
7. tusuk
8. aye
9. pien
10. puluk
11. puluk se
12. puluk due
13. puluk telu
14. puluk pat
15. puluk lime
16. puluk nem
17. puluk tusuk
18. puluk aye
19. puluk pien
20. duo polu
21. duo polu se
100. se atu
101. se atu se
1000. se libu
10001. se libu se