Saturday, November 21, 2009

Air Graviti, Sg. Luyong Maui, Segaham 2009

Anugerah Pencapaian Cemerlang SKLS 2009

Buah Kelubi

Ikan Tapah, Batang Rajang 2009

Kejohanan Sukan SKLS 2009

Leva Bu'ut, Leva Suva

Mencari Siput Sedut, Segaham 2009

Perbarisan Hari Sukan SKLS 2009

Pertandingan Futsal SKLS 2009

Program Khidmat Masyarakat-Rumah Kejaman 2009

Program Khidmat Masyarakat-Rumah Kejaman, Belaga II

Program Khidmat Masyarakat -Rumah Kejaman, Belaga III

Friday, November 20, 2009

Dari pagi hingga ke petang aku membantu Cikgu Andrew untuk membuat gadjet pagar untuk Kem 1 Malaysia yang akan bermula hari esok. Syukur alhamdulillah semua guru-guru dari semenanjung dikecualikan daripada mengikutinya kerana sudah membeli tiket kapalterbang pada hari tersebut.

Walaupun keputusan UPSR sudahpun keluar semalam tetapi tidak seorang pun pihak pentadbir mengambil kisah sejak seminggu lalu ini mewujudkan suasana hairan di kalangan aku dan rakan-rakan. Bila keputusan di ambil dari PPD Belaga hasilnya cukup mengecewakan kerana cuma 35% yang lulus penuh iaitu 7 orang.

Sudahpun aku tegur pihak pentadbiran secara pada bulan Mac yang lalu dan tidak pernah sekalipun menyesal walaupun ditekan kerana teguran tersebut. Bagi aku keputusan UPSR 2009 tersebut adalah lambang hasil kerja keras guru dan murid-murid mengecat sekolah, menanam bunga dan memotong bunga hampir setiap minggu!.

Tuesday, November 17, 2009




Air Batang Rajang naik hingga ke tangga pondok, nampak sangat merbahaya di tambah dengan balak-balak yang dihanyutkan oleh arus deras. Walaupun begitu ia merupakan rezeki kepada sesetengah pihak kerana terdapat musim ikan yang bermaustatin di Batang Rajang mudik bertelur di hulu sungai-sungai kecil. Fredie dan Peter mendapat 9 ekor ikan tapah dengan melebihi 100 kilo timbangan kesemuanya dan jumlah telur ikan terkumpul ialah tiga perempat daripada tong cat yang besar.
Di sekolah lain pula ceritanya, sedang semua guru-guru sibuk dengan persiapan Perkhemahan 1 Malaysia semua murid tahun 1 hingga tahun 3 tidak hadir ke sekolah. Kebetulan hampir kesemua kelas yang aku ajar adalah pada tahap satu membuatkan aku mengumpulkan kesemua pelajar tahap 2 (tahun 4,5 dan 6) untuk diberi pendedahan Teknologi Maklumat Komunikasi (ICT).

Saturday, November 14, 2009

Sibuk sepanjang minggu ini kerana persiapan sukan dan anugerah pencapaian cemerlang yang berlangsung pada hari jumaat daripada pagi ke malam (semalam). Hari ini awal pagi lagi murid-murid rumah sukan Myvi dan murid tahun menagih hamper dan medal yang aku simpankan semalam. Kata-kata Angela bahawa kita (merujuk kepada aku rasanya) mestilah adil dalam pembahagian hamper menunjukkan penerapan nilai-nilai murni dalam P&P berkesan.

Sudah semestinya kaedah yang mentor aku (Zafrul) gunakan sewaktu membahagikan makanan yang dimasak di atas puncak gunung diguna pakai oleh aku walaupun lambat tetapi berkesan, iaitu memulakan dengan menandakan tempat. Alangkah indahnya zaman persekolahan aku jika mempunyai banyak hadiah seperti ini walaupun cuma buku tulis, pensil dan medal murah kerana hampir semua murid mendapat hadiah.

Tiada lagi masalah air melanda tetapi kebocoran berlaku di sana-sini kerana tekanan air Sg. Luyu Ma’au sangat kuat tidak seperti Sg. Musi. Beberapa batang paip yang tertanggal dan pecah diperbaiki dan keadaan kembali seperti biasa. Kuarters guru yang telah siap sudahpun aku duduki seorang diri kerana Cikgu Jo cuma akan berpindah ke sini jika tidak dapat mengajar di Kuching. Sudah masuk malam ke lima aku tinggal di sini, alhamdulillah tiada lagi bunyi-bunyi yang mengganggu aku seperti malam pertama dan kedua.

Sunday, November 08, 2009

Gravity Feeds Water System (sumber air gravity) yang mengambil masa sepuluh hari bekerja untuk disiapkan berjaya berfungsi sepenuhnya awal mengikut jadual. Ini kerana terdapat kerjasama di antara Jabatan Kesihatan, penduduk Rumah Kejaman dan pihak sekolah sendiri. Ia memerlukan lebih 200 tenaga kerja yang bekerja tanpa upah yang terpaksa menggali parit melalui lima buah bukit untuk sampai ke punca air hutan primer yang membekalkan air yang kuat dan banyak.

Wednesday, November 04, 2009

Soyuz@Segaham

Menanam Padi Bukit, Nganga Sengayan Kanowit

Angkasawan@Segaham

Sukan olahraga seperti lontar peluru dan lompat jauh berjalan lancar dalam kelolaan Cikgu Jo walaupun dalam cuaca yang selalu hujan. Manakala aku dan guru-guru lain lebih banyak membantu penduduk kampung untuk menarik paip (polypipe) ke atas gunung. Rasanya sudah lari semua alignment pinggang akibat perkara tersebut, namun kami bersyukur kerana acuan empangan sudahpun dituang simen untuk menjadikannya sebuah empangan yang akan menyalurkan dua batang paip, satu ke rumah panjang dan satu ke sekolah.

Sunday, November 01, 2009

Awal-awal pagi aku sudah bangun bukannya ikut serta dalam pembinaan paip air bersih di Sg Luyu Ma’ui tetapi ikut serta dalam program lawatan tidak rasmi Cikgu Nancy ke SK Punan Bah yang terlatak di Batang Rajang dan dalam kategori pedalaman 3. Lawatan ini diharap dapat memberi idea kepada aku dalam memperkasakan P&P aku terutama dalam bidang Pendidikan Jasmani. Apa yang dapat aku perkatakan ialah keadaan fizikal dan jumlah pelajar adalah lebih kurang sama dengan sekolah aku dan aku suka beberapa kaedah yang dilakukan oleh guru di situ dalam serba kekurangan dalam menambah nilai dalam P&P mereka.

Friday, October 30, 2009





Hari-hari yang sangat memenatkan kerana selepas waktu persekolahan aku ke Sg. Luyu Ma’au untuk melakukan kerja-kerja pembinaan empangan air bersih untuk sekolah dan Rumah Panjang Kejaman. Lebih daripada 100 tenaga kerja diperlukan untuk menanam paip sejauh 8km dan membina empangan simen di atas jeram Sg. Luyu Ma’au. Kerja-kerja yang dilakukan ialah menebas, menggali parit, meluruskan paip, mengangkat simen dan pasir, menebang pokok untuk membuat acuan empangan dan makan buah kelubi (hanya aku sahaja yang melakukan ini). Keadaan hujan lebat tambah menyukarkan kerja-kerja tersebut kerana jalan yang lecak untuk ke bukit tersebut.

Tuesday, October 27, 2009

Hari yang agak muram hari ini kerana kami semua masih terkejut dengan Luciana yang pengsan secara tiba-tiba apabila mengalami sesak nafas malam tadi. Beliau dikejarkan ke Belaga menggunakan perahu berkuasa 20 kuasa kuda. Setakat pagi ini beliau direhatkan di Klinik Kesihatan Belaga sementara menanti rawatan susulan jika ada keperluan.

Sunday, October 25, 2009




Pagi yang paling mencabar dalam hidup aku setelah ditolak Projek Trans Titiwangsa dua tahun lepas. Aku yang sepatutnya berjongging pada jam 6.45 pagi sudah menjadi debat di antara aku dengan seorang pelancong Portugis yang datang melawat ke sekolah. Beliau seorang Professor yang melihat dunia dari segi sains dan tidak percaya dengan kewujudan tuhan, selama lebih satu jam aku hendak memberi dia faham kenapa Adam diciptakan tetapi semuanya menjadi sukar bila Teori Darwin menjadi pegangannya. Dan sehingga pengakhiran beliau tidak tahu kenapa beliau hidup di muka bumi!.