Sunday, December 27, 2015

PERJANJIAN SEWA BELI RUMAH

PERJANJIAN SEWA BELI RUMAH 
PERJANJIAN ini dibuat pada tarikh _________________________________________diantara 
____________________________________________________(No.K/P______________________)
yang beralamat di _____________________________________________________________________
(Kemudian ini dinamakan “Penyewa beli”)
DAN
Saya ________________________________________________(No. K/P________________________)
Yang beralamat di ____________________________________________________________________
(Kemudian ini dinamakan “Tuan Punya Rumah”)
BAHAWASANYA saya ________________________________bersetuju untuk menyewa belikan rumah beralamat ____________________________________________________________ kepada penyewa dengan harga sewa beli rumah sebanyak RM______________sebulan. 

Bersama ini juga disertakan syarat-syarat tambahan sewaan rumah:

1. Bayaran deposit sewa beli rumah sebanyak _______________

·         Deposit sebanyak ____________ ini adalah merupakan sebahagian daripada harga penjualan rumah yang berjumlah RM 210,000 (Deposit RM10,000 baki RM200,000)
·         Baki deposit hanya akan dikembalikan sekiranya pihak penyewa tidak dapat membeli rumah berkenaan dengan sebab yang munasabah (RM1000 akan ditolak bagi setiap bulan sewaan)

2. Bayaran deposit bil air sebanyak RM _______

3. Bayaran deposit bil elektrik sebanyak RM _______

4. Rumah hendaklah dijaga sepenuhnya oleh penyewa sebelum proses pembelian selesai. 

5. Penyewa tidak dibenarkan untuk menambah / mengurangkan apa-apa bahagian bangunan rumah
sewaan kecuali selepas pembayaran penuh telah dibuat atau dengan persetujuan daripada Tuan Punya Rumah. 

6. Penyewa hendaklah menanggung semua kos pembaikan terhadap sebarang kerosakkan rumah (jika
ada) semasa dalam tempoh penyewaan jika kerosakan tersebut adalah disebabkan kelalaian penyewa sekiranya penyewa memutuskan niat untuk tidak dapat membeli rumah berkenaan dengan sebab yang munasabah.


7. 
Penyewa juga tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran bertulis daripada
Tuan Punya Rumah. Tuan Punya Rumah akan diberikan pendua kesemua kunci yang dipasang atas tanggungan penyewa, sebelum ia dipasang.

8. Notis perlu diberi oleh Penyewa kepada Tuan Punya Rumah untuk menamatkan perjanjian sewaan
sekurang-kurangnya SATU BULAN daripada tarikh penamatan kontrak.

9. Penyewa hendaklah menyerahkan rumah sewaan kepada Tuan Punya Rumah dalam keadaan baik, bersih, dan sedia untuk disewakan kepada orang lain serta membersihkan semua sampah dengan teratur dan sempurna. Penyewa juga hendaklah mengeluarkan semua peralatan, kelengkapan atau apa juga barangan miliknya yang telah dipasang dan akan membaiki apa juga kerosakan akibat daripada pemasangan atau pembukaan peralatan, kelengkapan atau barangan
yang dipasang.

10. Tuan Punya Rumah berhak menamatkan perjanjian sewabeli rumah ini dengan memberikan notis
dalam tempoh sekurang-kurangnya DUA BULAN kepada penyewa atau dengan membayar ganti rugi
yang sewajarnya.

11. Sebarang perubahan atau penambahan tentang perjanjian sewa rumah ini yang tidak disenaraikan dalam butiran perjanjian ini boleh dirujuk kepada perbincangan antara Tuan Punya Rumah dan Penyewa dari semasa ke semasa.
*******************************
BAHAWANYA, saya (penyewa beli) ______________________________ memahami segala syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas dan saya bersetuju untuk menyewa beli rumah yang beralamat seperti di atas.

Tandatangan Penyewa beli:                                                  



.................................................
Nama:....................................                     
No K/P:.................................                                              
No K/P:.................................
Tarikh: _________________                                                


Tandatangan Tuan Punya Rumah:


.................................................
Nama:....................................                     
No K/P:.................................                                              
No K/P:.................................
Tarikh: _________________                                                


No comments: