Saturday, January 16, 2016

Cara-cara memasang jubin

Peralatan

  • 1.       Tromel bergigi
  • 2.       Gam simen
  • 3.       Penukul getah
  • 4.       Magic saw
  • 5.       Benang
  • 6.       Sudip simen
  • 7.       Tiles spacer/paku
  • 8.       Jubin
  • 9.       Penimbang air
  • 10. pita pengukur
  • 11. kacip




tile spacer
simen gam (25 kilo=RM15.00)


Mula-mula bersihkan simen dari segala benda asing seperti habuk. Untuk balkoni atau ruang yang kecil boleh bermula memasang jubin dari tepi dinding. Untuk ruang tamu hendaklah bermula dari tengah dan membawa ke kiri dan ke kanan. Benda wajib supaya jubin lurus ialah menarik benang dari kiri kanan. Kemudian bancuhan simen gam boleh diratakan menggunakan tromel bergerigi secara memanjang daripada kiri ke kanan dengan kelebaran satu jubin.

Setiap kali meletakkan jubin di atas simen hendaklah di ketuk dengan tukul getah supaya tiada rongga kosong dan gunakan penimbang air supaya ia selaras dengan cerun kita kehendaki iaitu mungkkin rata atau condong sedikit untuk keluar air. Selang jubin yang kemudian kita boleh menggunakan "tile spacer" atau paku supaya setiap jarak jubin sama.




Bahagian tepi yang perlu dipotong saya buat selepas jubin penuh kering. Jubin saya potong menggunakan kaedah "magic saw" yang dibeli di "go shop". Pastikan bahan pembelah terdiri dari bahan yang kukuh seperti besi kecil yang panjang dan kawasan tapak keras (seperti simen) apabila menggunakan kaedah "magic saw". Jika selepas jubin dipotong tapi tidak muat kerana dinding berlekuk boleh dikacip sedikit.

Ada tukang yang menggunakan simen biasa sepenuhnya dan ada yang mencampurkannya dengan simen gam. Saya menggunakan simen gam sepenuhnya kerana kawasan yang dijubin sangat kecil jika kawasan besar kemungkinan saya campurkan dengan simen biasa untuk menjimatkan kos. Untuk membancuh simen gam memakan banyak masa menggunakan sudip berbanding simen biasa. Saya membancuh menggunakan sarung tangan getah berbanding tukang menggunakan mesin. Pada pendapat saya adalah lebih baik mencampurkan simen gam dan simen biasa untuk jubin lantai.
kaedah "magic saw"
Kaedah "lump sump" atau pau digunakan berbanding RM?? sekaki persegi untuk ruangan yang sekecil ini iaitu sekitar RM800-RM1000. Ini kerana kos pengangkutan dan buruh adalah sama untuk kawasan yang besar. Untuk balkoni rumah saya 8 kaki x 5 kaki (40 kaki persegi) barang-barang yang saya beli cuma bernilai RM149.00 sahaja tidak termasuk peralatan.

2 comments:

Aizuddin Zakaria said...

Salam nak tanya tuan gunakan bahan pelekat simen gam tanpa campuran bahan lain ya?
tq

Darling Ja said...

Salam..simen gam n susu apa yg terbaik