Thursday, May 29, 2008

Tasik Chini

Anatomi

Tasik Chini merupakan sebuah tasik air tawar yang kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan 12,565 ekar, ia mengandungi 12 tasik (disebut “laut” oleh masyarakat asli tempatan) yang bercantum di antara satu sama lain. Ia dianugerahkan dengan alam semulajadi yang kaya dengan biologi dimana terdapat 138 spesis flora, 300 spesis hidupan bukan akuatik dan 144 spesis ikan air tawar. Dalam bulan Ogos-September setiap tahun ia menjadi sebuah taman terapung yang dipenuhi dengan pokok bunga teratai, dengan kelopak-kelopak putih dan jingga yang kembang menghiasi permukaan tasik. Memancing adalah satu kegiatan yang popular di sini waktu memancing yang paling baik ialah Nov-Jan dimana musim hujan menyebabkan paras air naik dan keluasan tasik bertambah.

Legenda

Mengikut legenda tempatan pada suatu ketika dahulu sekumpulan orang asli yang dikenali sebagai Jakun telah datang ke kawasan hutan tebal, mereka telah membuka tanah tersebut untuk bercucuk tanam. Pada suatu hari, sedang mereka berkumpul untuk bercucuk tanam tiba-tiba muncul seorang wanita tua ganjil yang bertongkat memberitahu mereka bahawa tanah itu miliknya dan perlu mendapat keizinannya dan ia membenarkan pembukaan tanah tersebut setelah Batin memohon maaf. Sebagai menguatkan tuntutannya ia mencacakkan tongkatnya diitengah-tengah kawasan yang telah dibersihkan dan memberikan amaran supaya tidak mencabut tongkat tersebut.


Kumpulan itu terus bercucuk tanam, tiba-tiba mereka mendengar salakan anjing di pinggir kawasan tempat kawasan yang mereka bersihkan. Seorang daripada mereka mengambil keputusan untuk mencari puncanya dan terperanjat ia datang daripada sebatang kayu hitam besar yang lapuk. Dia membaling tugalnya ke aarah kayu tersebut dan terkejut melihat darah memancut keluar dari kayu tersebut. Dalam keadaan gementar dia terus lari mendapatkan kawan-kawan dan menceritakan perkara yang berlaku namun tiada seorangpun yang percaya.


Salakan anjing itu tidak berhenti-henti, setelah disiasat darah masih belum berhenti memancut daripada batang kayu tersebut. Tanpa berfikir panjang mereka terus melemparkan tugal mereka pada batang kayu tersebut dan darah semakin banyak memancut. Tiba-tiba awan hitam menggelilingi angkasa, diikuti oleh guruh dan kilat, kemudian hujan lebat mula membasahi bumi. Mereka kemudiannya berpecah lari mencari tempat perlindungan, di dalam kelam kabut tersebut salah seorang daripada mereka secara tidak sengaja mencabut tongkat yang dicacakkan oleh wanita ganjil tadi, dengan serta merta air memancut keluar daripada lubang tersebut, bumi mula bergegar dan terbenam. Kawasan yang dibersihkan tadi menjadi tasik besar yang kini dikenali sebagai Tasik Chini. Dongeng orang tempatan menyatakan bahawa batang kayu tersebut ialah jelmaan seekor naga yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum.


Terdapat juga cerita mengatakan kononnya pada zaman dahulu ia adalah tapak sebuah kota besar Khmer yang telah tenggelam dan dijaga oleh makhluk misteri. Khabarnya juga makhluk misteri ini pernah ditemui oleh penduduk tempatan, namun ia masih belum dapat diibuktikan secara saintifik.

Secara jujur tasik ini sebenarnya sudah tidak terurus, samada jeti dan chaletnya walaupun sebenarnya masih kelihatan ramai pengunjung ke sini. Tiada tempat perkhemahan disediakan melainkan tempat memanggang kerana di sini aktiviti menaiki bot lebih popular untuk melihat 12 tasik yang mungkin memakan masa selama tiga jam bergantung kepada keadaan kewangan masing-masing. Aku dan Tom terpaksa melupakan aktiviti memancing kerana cuma ikan Toman sahaja yang banyak di sini dengan menggunakan ikan keli, mungkin lebih baik aku panggang ikan keli tadi untuk dibuat makan. Walaupun dari segi anatominya ia digambarkan sangat cantik, ia mungkin indah khabar dari rupa kerana tasik-tasik di sini sudah tidak terurus kerana banyak tumbuhan yang merosakkan ekologi tasik seperti ekor kucing. Namun aku bersyukur kerana dapat ke sini kerana ia menawarkan persekitaran tenang dan damai disebalik misteri dan legenda zaman berzaman yang masih belum terungkai.





Mengaum juga Honda NSR aku di atas jalan setelah “merajuk” denganku kerana tidak membelainya lebih daripada sebulan kerana itulah aku amat menyayanginya seperti bini muda walaupun aku sendiri belum berbini. Kembara aku dan Tom ke Pahang sudah berakhir dua hari lepas dengan menamatkannya di hadapan rumah Siti Nurhaliza yang terletak di Kuala Lipis. Kembara yang mengikut haluan rumah Azie, Nizam dan Juli di laluan Chini-Pekan-Kuala Lipis selama tiga hari banyak memberikan pengalaman baru kepada aku yang jarang sekali melihat cara hidup orang Pahang. Antara yang menarik di Kuala Lipis ialah terdapat sebuah kampung yang didiami oleh pendatang Melayu dari Slim River yang menyeberangi banjaran Titiwangsa sewaktu zaman darurat dahulu. Begitulah akrabnya orang Pahang dan Perak tidak dapat dipisahkan dan sewaktu aku menuntut ilmu asal usul dahulu kawasan Sungkai dan Pahang adalah satu mengikut “syarat” Panglima Hitam dan kerana itulah pokok Sesungkai tumbuh melata di Sungai Pahang. Sempat jugalah kami menyambut hari lahir Julie di Pantai Teluk Chempedak dan yang paling penting aku sudah dapat mengatasi trauma bumi Kuantan yang paling banyak memberi sejarah hitam buat aku. Aku terkedu bila Azie memilih Restoren Taj untuk kami berlima menjamu selera tempat dimana sejarah hitam itu bermula walaupun masih banyak restoren lain yang ada di situ, mungkin ada hikmah di situ untuk aku memperbaiki diri agaknya.

Saturday, May 24, 2008

Lega rasanya hari ini kerana aku sudah mula bercuti selama tiga minggu tanpa gangguan “projek besar” seperti sebelumnya. Minggu yang penuh tekanan dimana mental dan fizikal dikerah ke tahap maksimum hingga kadang-kala hingga ke jam 12.33 pagi di jimnasium semata-mata untuk menyelesaikan “micro teaching” yang tertangguh oleh Puan Suraya. Aku sepatutnya sudah boleh berkemas untuk pindah ke rumah sewa di Kampung Jiboi namun semuanya hampa kerana terpaksa melaksanakan polisi kerajaan supaya tinggal di asrama. Mujur aku masih belum membayar cengkeram lagi, namun dari satu sudut aku dilihat sebagai tidak beretika kerana melanggar perjanjian.

Sukan Renang

SEJARAH PERKEMBANGAN

Lukisan-lukisan tentang perenang dari
Zaman Batu telah ditemui di "gua perenang" berdekatan Sura di Mesir barat daya. Rujukan-rujukan bertulis wujud sejak dari 2000 SM. Pada tahun 1538, Nicolas Wynman, profesor bahasa anak Jerman, menulis buku pertama tentang renang. Renang pertandingan di Eropah bermula pada sekitar tahun 1800, kebanyakannya menggunakan gaya dada. Gaya rangkak depan, ketika itu dipanggil gaya trudgen, diperkenalkan pada tahun 1873 oleh John Arthur Trudgen selepas menirunya daripada orang-orang asli Amerika.
-
Renang merupakan salah satu acara dalam
Sukan Olimpik Musim Panas 1896 di Athens. Pada tahun 1900, gaya kuak lentang dimasukkan ke dalam sukan Olimpik sebagai suatu acara. Pada tahun 1902, gaya trudgen diperbaik oleh Richard Cavill, menggunakan tendang keribas. Persatuan renang dunia yang pertama, Federation Internationale de Natation, dibentuk pada tahun 1908. Gaya kupu-kupu yang pada mula-mulanya merupakan salah satu kelainan gaya dada diterima sebagai suatu gaya tersendiri pada tahun 1952.
-
Kolam renang pertama dibuka di Liverpool, pada tahun 1828. Pada tahun 1837 London menjadi bandar pertama memperkenalkan sukan renang. London sendiri mempunyai enam kolam renang. Pada tahun 1844 dua orang asli Amerika Utara, bernama Flying Gull dan Tobacco dijemput menyertai pertandingan renang di London. Mereka menggunakan gaya tersendiri yang lebih kurang sama dengan gaya rangkak yang digunakan hari ini. Gaya renang Flying Gull dan Tobacco ini belum pernah digunakan oleh para perenang Eropah. Gaya renang mereka biasa digunakan oleh penduduk Amerika, Afrika Barat dan Kepulauan Pasifik sejak turun-temurun.
-
Hari ini gaya renang itu disebut the crawl. Perenang Frederick Cavill kemudian memperkenalkan renang gaya rangkak ini dari London ke Australia. Cavill memperbaiki gaya ini dan menamakannya the Australian Crawl. Pada 1902, anak Cavill, Richard, menggunakan gaya the Australian Crawl ini untuk berenang 100 ela dalam masa 58.6 saat. Seorang lagi anak Cavill, Sidney, memberikan latihan gaya ini kepada para perenang di San Francisco, Amerika Syarikat. Salah seorang pelatihnya, J. Scott Leary, berjaya menjadi perenang pertama Amerika Utara yang melakukan renang 100 ela dalam masa 60 saat.
-
Gaya renang Cavill menjadi semakin popular. Seorang perenang bernama Charles Daniels memperbaiki lagi gaya Cavill ini. Dia menamakannya The American Crawl. Pada 1910, Charles Daniels, dengan menggunakan gaya The American Crawl berjaya mencipta rekod baru dengan berenang 100 ela dalam masa 54.8 saat.
-
Gaya rangkak juga digunakan oleh penghuni Pulau Hawaii (Duke Kahanakoku) untuk memenangi acara renang 100 meter di sukan Olimpik pada tahun 1912 dan 1920. Pada sukan Olimpik 1924, Johnny Weismuller dari Amerika Syarikat yang berumur 21 tahun memenangi acara renang 100 meter dalam masa 59 saat. Weismuller mencipta rekod baru dalam 67 acara renang sebelum dia bersara daripada renang pertandingan untuk menjadi bintang filem (Tarzan).
-
Pada 1896 hanya acara gaya bebas (free style) di tandingkan di Sukan Olimpik. Ini bermakna para perenang dibenarkan menggunakan pelbagai gaya dan interpretasi untuk berenang. Pada tahun 1900, tiga acara renang ditetapkan iaitu acara gaya kuak lentang (backstroke), acara gaya rangkak (the crawl) dan acara gaya kuak dada (breast stroke). Pada tahun 1912, perenang wanita diberi peluang bertanding dalam acara renang gaya bebas, acara gaya kuak lentang, acara gaya kuak dada, acara kupu-kupu, acara gaya medley individu, acara gaya medley berganti-ganti, acara junam dan acara renang segerak.
-
Pada zaman dahulu sukan renang dihargai sebagai satu pertandingan untuk daya tahan dan bukan sebagai satu perlumbaan kepantasan. Cabaran pada zaman itu ialah untuk menguji kebolehan dan daya tahan diri dengan berenang menyeberangi Selat Inggeris. Pada tahun 1875 Captain Matthew Webb dari Shroshire, England menjadi orang pertama berenang di Selat Inggeris. Dia berenang dari Dover ke Calais, Perancis dalam masa 21 jam 45 minit. Pada tahun 1956 rekodnya dipecahkan oleh orang Mesir, Hassan Abdul Rahim yang berenang menyeberangi Selat Inggeris dalam masa 10 jam 50 minit.


Sukan Renang Di Malaysia

Pada awal abad, ramai rakyat di Semenanjung Malaya menunjukkan minat dalam aktiviti-aktiviti sukan renang terancang (organized swimming activities). Oleh kerana minat rakyat terhadap renang terancang begitu besar maka beberapa buah kelab renang di tubuhkan tidak lama kemudian, antaranya Penang Swimming Club pada tahun 1903, Penang Chinese Swimming Club pada tahun 1928, European Swimming Club pada tahun –tahun 1930an di Ipoh, Taiping dan Kuala Lumpur dan Kinta Swimming Club di Ipoh pada tahun 1936.
-
Kelab-kelab renang ini sangat aktif. Taraf sukan renang dinaikkan pada 1931 dengan pengelolaan the Malayan Chinese Olympiad. Sukan ini diteruskan setiap tahun hingga 1937, dengan penyertaan kelab-kelab renang dari Pulau Pinang, Perak, Johor dan Melaka.
-
Selepas Perang Dunia Kedua minat sukan renang giat dipulihkan. Banyak pertandingan renang dikelolakan di antara kelab-kelab renang orang Asia dari Singapura, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur.
-
Pada tahun 1955, The Malayan Amateur Swimming Union ditubuhkan. Dengan pertubuhan ini, pertandingan antara kelab renang digantikan dengan pertandingan antara negeri. Pada tahun 1956, Malaya buat kali pertama menyertai Sukan Olimpik di Melbourne, Australia. Malaya menyertai dalam lima jenis acara sukan iaitu olahraga, angkat berat, renang, menembak dan hoki. Untuk sukan renang hanya dua perenang lelaki dihantar. Mereka ialah Fong Seow Hor dan Lim Heng Chek.
-
Sekarang persatuan renang di Malaysia dinamai Amateur Swimming Union, Malaysia (ASUM)yang berpejabat di Pusat Akuatik Nasional, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
ASUM adalah sebahagian ahli gabungan badan renang dunia, Federation Internationale De Natation Amateur (FINA). Mulai tahun 1956 Malaysia ikut serta dalam beberapa pertandingan renang antarabangsa termasuk Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEAP/SEA dan kejohanan Asia.
-
Dalam sukan SEA XV di Kuala Lumpur, pada tahun 1989, Nurul Huda Abdullah, perenang Malaysia memungut lapan pingat emas dan mencipta rekod renang Sukan SEA untuk acara 200 meter gaya bebas (2:05.75), acara 400 meter gaya bebas (4:21.98) acara 200 meter medley individu (2:22.74) dan acara 400 meter medley individu (4:59.61). Nurul Huda juga dihadiahkan “The Coca-cola Outstanding Female Athlete of the 15th SEA games.
-
Seorang lagi perenang kita yang cemerlang ialah Jeffrey Ong yang dikenali sebagai “King of Malaysia pools” memungut dua pingat emas untuk acara 400 meter dan 1,500 meter gaya bebas (lelaki) dalam empat Sukan SEA berturut-turut iaitu pada 1987 di Jakarta, 1989 di Kuala Lumpur, 1991 di Manila dan 1993 di Singapura. Dia memungut dua pingat perak untuk acara-acara yang sama di Kejohanan Renang Asia pada 1988 di Beijing dan Sukan Asia, 1990 di Beijing juga. Di World Student Games, Sheffield, 1991 dia memungut satu pingat perak untuk acara 1,500 neter gaya bebas. Dia juga mewakili Malaysia di Sukan Olimpik pada tahun 1988 di seoul dan 1992 di Barcelona. Dia telah bersara daripada pertandingan. Seorang pemegang biasiswa Kementerian Sukan, Jeffrey telah menerima Sarjana Muda Penyiaran Bachelor of Broadcasting) dari University of Southern California dengan cita-cita untuk menjadi penyiar sukan.


RENANG BERIRAMA
SEJARAH PERKEMBANGAN

Renang berirama diperkenalkan pada lewat abad ke 19, renang berirama turut di kenali sebagai artistik, perhiasan saintifik, corak renang sama seperti tarian balet dan seorang aktor lelaki adalah “perenang artistik” yang pertama membuat pertunjukkan tarian di dalam air hanya semata-mata hiburan. Rekod pertama pertandingan adalah acara lelaki di Berlin pada 1981. Tetapi balik kepada abad sebelumnya, wanita maju kehadapan terhadap renang berirama.
-
Asalnya renang berirama seperti yang kita tahu ialah berasas kursus keselamatan renang di Persatuan Penyelamat Di Raja.Pada 1924, sekumpulan wanita Canada di ketuai oleh Kaliber, Pemain Kebangsaan Polo air dan penyelam margerat seller, pembangunan apa yang di panggil “Perhiasan Renang” daripada penyelamat dan teknik renang. Di dalam beberapa tahun, peraturan masih lagi di kekalkan dan pertandingan pertama di anjurkan. Pertandingan dunia yang pertama ialah kejohanan peringkat daerah yang diadakan di Montreal kemasyhuran renang berirama kesinambungan kepada semua terutama di Amerika Syarikat.
-
Sukan renang berirama di demonstrasikan pada tahun 1951 di sukan Pan Amerika di Bueenos Aires pada 1952 di sukan Olimpik di Helsinki.Fina, pertubuhan antarabangsa untuk sukan akuatik meliputi berirama pada tahun 1954. Pembukaan kejohanan renang berirama ialah pada tahun 1973 di Belgrade dan di terima kedalam program Olimpik terutama acara wanita pada tahun 1984.

TEKNIK BERENANG

Tubuh manusia
terdiri sebahagian besarnya daripada air dan oleh itu, ia mempunyai ketumpatan yang amat serupa dengan air. Lebih kurang 70% daripada tubuh manusia ialah air. Ketika paru-paru diisi dengan udara, ketumpatan tubuh manusia adalah sedikit kurang daripada ketumpatan air di sekelilingnya. Air akan mengenakan daya keapungan pada tubuh manusia dan oleh itu, mengekalkan keapungan hanya memerlukan sedikit dorongan ke bawah, dengan pergerakan melintang hanya memerlukan sedikit dorongan ke arah yang bertentangan dengan pergerakan yang dikehendaki. Pendorongan ini dilaksanakan dengan menggunakan tangan dan lengan sebagai dayung, dan dengan menendang kaki untuk menolak air dari tubuh (walaupun tendangan hanya menghasilkan agak sedikit pergerakan pada keseluruhannya). Oleh sebab air masin (misalnya, air lautan) adalah lebih tumpat berbanding dengan air tawar (misalnya, kebanyakan kolam renang), tidak banyak usaha diperlukan untuk mengapung di dalam air masin, berbanding dengan air tawar.
-
Sebilangan gaya renang telah diperkembangkan, berdasarkan pelaksanaan sesetengah atau kesemua prinsip yang berikut:
-
Torso dan kaki harus dikekalkan dalam kedudukan yang selari dengan permukaan air. Kaki yang jatuh atau torso yang condong meningkatkan seretan secara ketara.
-
Tangan harus didepangkan ke hadapan kepala dengan sebanyak yang mungkin supaya dapat memanjangkan panjang purata garis air dan dengan itu, mempercepatkan pergerakan dengan ketara.
-
Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa daya tangan yang dikenakan pada air sebenarnya dijanakan oleh putaran pinggul, dan bukannya oleh otot lengan. Otot yang menarik lengan di dalam air dipasang seinci dari hujung lengan atas. Dengan lengan sebanyak 21" panjangnya, nisbah tuil ialah 1:20. Ini bermaksud bahawa tarikan otot bahu sebanyak 100 paun hanya menghasilkan 5 paun dayanya di bahagian tangan semasa ia menolak air. Sebaliknya, tork yang dijanakan oleh otot pinggul yang lebih besar dan lebih kuat mengayunkan tangan di dalam air seolah-olah pemain golf atau pemukul bola mengayunkan kayu golf atau kayu pemukul dengan suatu pusingan yang cepat pada pinggulnya. Perenang-perenang elit yang berupaya mencapai suatu tambahan yang sederhana pada pencepatan pinggul mereka akan dapat menambahkan puncak daya tangan sebanyak sekali ganda.
-
Masa yang dihabiskan pada sisi harus dipanjangkan supaya bahu tidak memecahkan garis air dan mengakibatkan ombak haluan. Ini mengurangkan keratan rentas depan, mengurangkan lagi seretan, serta juga menaikkan nisbah antara panjang and lebar garis air tubuh. Pembaikan yang serupakan boleh dimungkinkan dengan menyebariskan arah kepala, tangan, kaki, dan lengan yang paling sempit ke dalam air. Torso adalah paling penting, berbanding dengan bahagian tubuh yang lain. Pergerakan tangan, lengan, dan kaki dari belakang ke hadapan harus dikekalkan di udara dengan seberapa lama yang mungkin semasa kuak pemulihan. Ketika di dalam air, pergerakan-pergerakan tersebut harus dijajarkan dengan seberapa hidrodinamik yang mungkin kerana anggota yang dikembalikan harus bergerak sekurang-kurangnya dua kali lebih laju berbanding dengan perenang dan di dalam air, akan menjanakan lapan kali seretan (yang meningkat dengan kuasa tiga lajunya), berbanding dengan luas depan torso. Memutarkan bahu juga menambahkan kuasa tarikan dengan menggunakan otot abdomen untuk membantu menarik lengan di dalam air.
-
"Tangkap" air yang asas tidak sebegitu penting berbanding dengan perkara-perkara di atas. Kebanyakan perenang hanya menangkap air dengan tangan yang rata atau jari-jari yang didepangkan sedikit dan kemudian ditarik dengan lancar pada sepanjang badan. Semua teknik yang tersebut tidak memerlukan kekuatan tambahan. Dengan latihan kekuatan, tangan dan kaki masing-masing boleh dijulurkan dan dilunjurkan lagi ke dalam air untuk menghasilkan lebih banyak dorongan. Untuk mereka yang baru belajar renang, kekuatan yang dinaikkan hanya menghasilkan pembaikan yang kecil jika strategi-strategi di atas (mengurangkan seretan dan memanjangkan garis air) tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
-
Animasi rangka dan dinamik bendalir pengkiraan membenarkan simulasi perenang. Ini membenarkan daya-daya pada sendi dan otot dikira, dan jika simulasi berbilang digunakan, berbagai-bagai gaya atau individu boleh dibandingkan. Melalui grafik komputer atau tangkapan pergerakan, simulasi boleh dibandingkan dengan perenang sebenar. Sedangkan ini menghapuskan banyak keraguan, tekaan masih diperlukan untuk mencipta gaya-gaya yang baru. Merumuskan sebuah buku panduan untuk perenang masih merupakan suatu cabaran kepada para jurulatih renang, dan rasa air masih diperlukan untuk menutup gelung kawalan supaya gaya-gaya renang tidak kemudian menyimpang.

Tuesday, May 20, 2008

Enam Dekad Bencana Palestin

Ketika aku kecil lagi paparan hitam putih kaca televisyen selalu menceritakan Palestine

Bukannya cerita tentang keramat Isra dan Mi’raj yang berlaku

Tetapi cerita derita korban, cedera dan anak kehilangan bapa

Dan hari ini ia masih belum berubah cuma paparannya mempunyai warna

Sudah banyak kali aku melihat perjanjian demi perjanjian dimeterai

Namun selagi ada perjanjian selagi itu ia dilanggar oleh Yahudi

Rupanya sudah genap enam dekad bumi para nabi ini ditimpa bencana

Selepas ia pernah diselamatkan oleh Sallahuddin Al-Ayub pada bencana salib sebelumnya

Sebenarnya bukannya banyak sangat jumlah bangsa penganut taurat yang dipesongkan ini di bumi,

jika hendak dibandingkan dengan penganut yang mengtauhidkan Allah.

Tapi kenapa kita tidak mampu melawannya seperti Sallahudin Al-Ayub?

Ini kerana tiada suatu bidang yang tidak dapat dikuasainya

Katakan apa sahaja perniagaan yang tidak dikuasainya,

malah hingga ke sekecil-kecil barangan pun di bawah kawalannya

Katakan di mana politik di barat yang tidak dikuasainya,

malah kadang-kadang hingga ke Timur pengaruhnya

Cari sahaja bidang ilmu yang tidak mereka kuasai,

hampir semua ilmu yang kritikal dalam genggaman mereka

Malah hiburan Hollywood pun sudah dikuasainya,

supaya senang menyebarkan propaganda Islam itu adalah pengganas

Mungkin kita patut bersyukur Hitler melakukan upacara “Holocaust” untuk mereka

Mungkin benar seperti kata Tun Mahathir kita harus jadi seperti mereka!

Monday, May 19, 2008

Hari ini aku kalah sekali lagi dengan cuaca hujan lebat beserta dengan kilatnya sewaktu berjoging ke Pusat Akuatik Paroi melalui Kg. Jiboi, seolah-olah hujan tidak merestui aktiviti aku sehari dua ini. Semalam aku gagal membawa Ali yang sudah lemah ke puncak Angsi walaupun cuma tinggal 10 minit perjalanan akibat keadaan yang sama. Mujur sepuluh pendaki lain yang di kepalai Tom berjaya sampai ke puncak dalam masa 1 jam 30 minit walaupun tidak sempat menikmati keindahan bandar Senawang kerana kabus dan terpaksa turun awal daripada jadual asal akibat kilat sabung-menyabung. Aku berpuas-hati dengan program gunung semalam kerana ia adalah yang paling ramai setakat ini semenjak aku berada di Seremban walaupun tanpa membuat kertas kerja dan ramai pihak yang menyokong usaha aku.

Saturday, May 17, 2008



Hari yang dinantikan kunjung tiba dimana kami harus melunaskan lapan jam bagi memenuhi kerja-kerja masyarakat dalam program BIG 2. Zoo Negara akhirnya sudi menerima kami sesudah beberapa tempat yang dicadang menemui jalan buntu. Setelah taklimat ringkas oleh pihak Zoo Negara pembahagian kumpulan dilakukan dimana Tom, Nizam, Fida dan aku ditugaskan membersihkan kotak pameran ular. Di sini terdapat 27 jenis ular yang menempatkan 65 ekor kesemuanya dimana hanya terdapat 8 jenis ular yang berbisa iaitu terdiri daripada 23 ekor seperti tedung selar dan kapak. Taklimat ringkas oleh Hamdan selaku penyelia di sini ialah faktor-faktor keselamatan untuk mengelakkan daripada ancaman ular.


Pada peringkat awal beliau memilih kotak pameran yang harus diganti lanskapnya, ini kerana keadaan pasir yang berbau akibat najis ular sudah tidak baik untuk kesihatan ular. Selepas ular di keluarkan, segala isi kandungan kotak pameran seperti batu, pasir, kayu dan pokok harus diganti. Batu dan kayu boleh digunakan semula dengan membasuhnya, cuma pasir perlu diganti dengan pasir baru yang sudah melalui proses pembersihan dengan bahan kimia. Begitu juga dengan pokok yang layu cepat kerana penggunaan penyaman udara.


Sebanyak enam kotak pameran kecil dan satu kotak pameran besar berjaya disiapkan sebelum pukul 4.00 petang sebelum pulang ke Seremban. Terdapat beberapa peristiwa yang meninggalkan kesan iaitu bagaimana seekor ular sawa liar bertindak ganas tanpa sebab, tedung selar yang terlepas daripada kurungan semasa sesi member makan dan bagaimana suara sebenar keadaan semburan sebenar ular tedung di dalam kotak cermin jika melihat manusia semuanya cukup menakutkan. Mungkin satu cara untuk menghilangkan rasa takut terhadap ular ialah membiasakan dengan suasananya.



“Manusia mempunyai kuasa untuk membinasakan, tetapi adakah ia berhak untuk berbuat begitu?”




Wednesday, May 14, 2008

Stich In The Side.

Fenomena ini adalah biasa bagi kebanyakan atlit. Ia digambarkan sebagai sakit yang amat pada bahagian tepi atau sangkar rusuk. Seperti "second wind" ia terjadi pad peringkat awal senaman (semasa larian dan berenang). Ia akan berkurangan apabila latihan berterusan. Walaubagaimanapun pada sesetengah atlit sakitnya adalah yang amat sangat sehingga mereka terpaksa memperlahankan atau memberhentikan senaman tersebut. Adalah diandaikan kurangnya oksigen (hypoxia) di otot respirasi (diaphragm dan otot intercostals) disebabkan oleh kurangnya pengaliran darah berlaku (ischemia)

Second Wind

Satu fenomena yang bergabung dengan ventilasi dipanggil “Second Wind” .Semua yang terlibat dalam pendidikan jasmani mengalami pengalaman "second wind" pada satu masa atau yang lain. Ia dikategorikan oleh perubahan mendadak oleh lesu pada peringkat awal senaman. Kesengsaraan ini melibatkan contohnya, sakit dada, sakit kepala, sakit otot dan masalah pernafasan.
-
Ahli-ahli psikologi tidak dapat mengenalpasti sebab berlakunya "second wind" ini. Dalam kajian yang dijalankan dalam "second wind" ini dialami pada peringkat masa yang berbeza semasa senaman oleh subjek yang berbeza (2–18 minit semasa larian 20 minit). 90 % daripada subjek mengalami masalah pernafasan. 70 % sakit otot atau lesu, 35 % sakit dada dan kaki. Pelbagai kesengsaraan yang dialami menunjukkan "second wind" memang wujud.

DR.R Shephard DR Universiti Toronto memberi beberapa sebab;

  1. Tercungap-cungap atau kurang bernafas disebabkan oleh ventalisasi perlahan pada peringkat awal senaman.
  2. Penyingkiran (oxidasi) pada asid laktik yang terkumpul pada peringkat awal senaman disebabkan oleh perubahan pengaliran darah yang perlahan di otot-otot yang bekerja.
  3. Aktiviti memanaskan badan yang mencukupi.
  4. Kelegaan dari kelesuan otot terutama otot respirasi.
  5. Faktor psikologi.Sehingga maklumat yang lain dapat diperolehi, jurulatih dan atlit tidak dapat menangani masalah "second wind".

Larian Jarak Jauh


Secara tidak rasmi, terdapat tiga acara lumba lari yang boleh dikategorikan sebagai acara lari jarak jauh, iaitu 3000 meter lari berhalangan, 5000 meter dan acara 10000 meter. Daripada ketiga-tiga acara ini hanya 5000 meter turut disertai oleh wanita, manakala dua acara lagi adalah khusus untuk lelaki sahaja.

Selain daripada itu, dalam beberapa perjumpaan olahraga, sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa, terdapat juga acara lari jarak jauh sejauh 3000 meter tanpa halangan. Penyertaan acara ini terbuka kepada lelaki dan wanita. Di peringkat antarabangsa , acara ini biasanya diadakan untuk bahagian junior dan wanita. Acara ini tidak diadakan untuk lelaki dewasa.

Pihak penganjur sesuatu pertandingan olahraga boleh menetapkan acara-acara yang sesuai diadakan dalam sesuatu perjumpaan itu. Pemilihan acara ini bagaimanapun harus dipersetujui oleh IAAF. Di peringkat sekolah, mungkin penganjur menghadkan bilangan acara sehingga 1500 meter sahaja untuk lelaki dan wanita. Ini disebabkan acara pada jarak jauh yang lebih daripada itu mungkin terlalu jauh bagi pelajar-pelajar sekolah. Dalam perjumpaan sukan utama dunia seperti Sukan Olimpik, acara-acara yang dinyatakan di atas adalah termasuk dalam senarai acara yang dipertandingkan dalam sukan olahraga, sejak bertahun-tahun dahulu, sehingga sekarang.

Acara Lari Jarak Jauh 5000 Meter.

Acara lari jarak jauh 5000 meter dijalankan dalam 12 ½ pusingan balapan 400 meter. Ini bermakna pelari akan berlari sejauh lima kilometer. Oleh sebab jumlah keseluruhan pusingan ialah 12 ½ pusingan, ini bermakna permulaan untuk acara ini ialah pada tempet permulaan acara 200 meter, tetapi garisan permulaan tidaklah seperti dalam acara 200 meter.

Aturan Dan Cara Larian

Pelari akan berlari sebanyak 12 ½ pusingan balapan bersaiz 400 meter. Pelari akan berlari tanpa mengikut lorong tertentu. Pelari hendaklah berlari dari mula hingga tamat larian untuk memenangi sebarang kedudukan. Pelari yang menarik diri dikira batal dan terkeluar daripada perlumbaan.Pelari dibenarkan berjalan sebentar jika perlu dan kemudian meneruskan larian, tetapi dia mesti berada di dalam balapan dan tidak mengganggu pe;ari lain.Pegawai perlumbaan akan membunyikan isyarat (biasanya loceng) atau siren apabila pelari mempunyai baki satu pusingan lagi untuk menamatkan larian. Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai baru dibenarkan untuk berlari. Pelari boleh berlari sama ada dengan memakai kasut, spikes ataupun tanpa berkasut,tetapi pastikan kasut itu tidak mendatangkan masalah atau kemungkinan mendapat kecederaan. Pelari hendaklah berlari dengan mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh IAAF. Pelari tidak dibenarkan melakukan sesuatu kepadapelari lain dengan niat untuk menghalangnya berlari, mencederakan atau membatalkan lariannya. Pegawai perlumbaan akan memberi isyarat batal jika terdapat pelari yang bertindak demikian.

Teknik Larian

Seperti setiap acara yang ingin disertai oleh seseorang atlit, peserta untuk acara 5000 meter ini juga memerlukan latihan intensif yang mungkin memakan masa yang agak lama, sebelum menyertai sesuatu pertandingan. Disebabkan jarak yang jauh sudah tentu banyak tenaga, stamina yang tinggi, daya ketahanan yang teguh dan keyakinan pada diri sendiri diperlukan daripada seseorang pelari acara ini. Tidak ada istilah untuk mengambil bahagian dalam acara ini sekadar mencuba atau secara suka-suka.

Permulaan

Semua peserta akan memulakan acara ini dengan menggunakan gaya berdiri, tidak kira pelari itu sudah teerkenal ataupun tidak, lelaki atau wanita. Apabila terlalu ramai peserta yang layak untuk mengambil bahagian dalam sesuatu perlumbaan, mereka akan melalui peringkat saringan. Bagaimanapun kebiasaannya disebabkan jarak yang jauh untuk acara ini, pihak penganjur tidak mengadakan peringkat saringan ataupun separuh akhir. Sebaliknya mereka akan terus mengadakan peringkat akhir dengan bilangan peserta yang lebih ramai sedikit daripada acara lain.

Semua pelari akan beratur di hadapan garisan permulaan dengan memakai pakaian dan peralatan yang sesuai. Untuk acara-acara seperti ini pegawai-pegawai pencatat pusingan untuk setiap peserta atau beberapa peserta tertentu. Mereka akan mencatat pusingan yang telah dilepasi oleh setiap pelari supaya tidak ada pelari yang berlari dengan jumlah pusingan yang berkurangan daripada yang lain tetapi memenangi perlumbaan itu.

Pelari akan cuba memasuki lorong paling dalam berlari sebaik sahaja permulaan dilakukan oleh pegawai pelepas. Ini bertujuan mengelakkan diri daripada berlari pada jarak yang jauh sedikit jika terus berlaku di lorong luar serta untuk mengelakkan diri daripada kemungkinan gangguan peserta lain semasa berlari. Pelari seboleh mungkin hendaklah berusaha mengelakkan diri daripada kumpulan pelari yang ramai, sebaik-baiknya hendaklah mengekori pelari di hadapan pada jarak yang tidak terlalu jauh dan mengekalkan larian di samping menyimpan tenaga untuk membuat pecutan pada peringkat akhir larian. Sekiranya tidak terdaya memecut, memadai jika pelari dapat meningkatkan kelajuannya untuk mencapai garisan penamat.

Melakukan Larian

Walaupun kederasan larian bergantung kepada ketahanan dan keupayaan daya seseorang pelari, tetapi dalam acara 5000 meter ini, kederasan tidak dapat dikekalkan berterusan sepanjang larian. Setelah berlari beberapa jarak tertentu, pelari akan keletihan dan tenaganya berkurangan, menyebabkan lariannya menjadi perlahan. Untuk mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku, adalah penting bagi pelari berlari sambil menyimpan tenaganya dengan cara mengekalkan kelajuan sehingga ke peringkat akhir larian. Pelari hendaklah berlari mengikut rentak larian sendiri dan tidak mudah terpengaruh oleh larian pelari lain sehingga boleh menjejaskan larian sendiri.

Ada kalanya kita lihat pelari yang tidak dapat mengekalkan lariannya dan terpaksa berhenti tanpa menghabiskan larian. Mungkin pelari berkenaan sudah kehilangan tenaga dan keupayaan untuk meneruskan larian dan dengan demekian dia tidak mempunyai harapan untuk memenangi acara ini. Sebagai seorang olahragawan yang terlatih dalam acara lari jarak jauh ini, tindakannya itu seharusnya tidak terjadi. Pelari tersebut harus cuba menamatkan lariannya, walaupun peluangnya untuk memenangi acara itu sudah tiada. Semangat kesukanan harus dijadikan alasan untuk peserta menghabiskan larian itu.

Bagi mengelakkan perkara sebegini daripada terjadi dan untuk menjadikan larian lebih berkesan, berikut adalah beberapa cara atau teknik yang mungkin boleh digunakan sebagai panduan dalam melaksanakan larian ini :


Berlari di lorong yang paling dalam.

Berlari di lorong yang paling dalam dapat mengurangkan jarak sebenar larian. Ini disebabkan seseorang itu akan berlari pada jarak yang lebih jauh jika dia menggunakan lorong luar dan permulaan untuk acara ini sebenarnya tidak memberikan kelebihan kepada mana-mana pelari. Pelari mesti berusaha untuk mendapatkan lorong paling dalam.

Cuba mengekalkan kepantasan.

Pelari hendaklah berusaha mengekalkan kepantasan sendiri. Ada baiknya jika pelari mengikut dengan rapat mana-mana pelari yang mendahului larian. Satu cara lagi ialah dengan berlari dalam kumpulan, sambil bersedia untuk meninggalkan kumpulan itu pada jarak terakhir larian.

Berlari mengikut rentak keupayaan sendiri.

Pelari hendaklah mengelakkan diri daripada berlari mengikut rentak dan teknik larian peserta lain, sebaliknya hendaklah mengikut rentak dan strategi sendiri. Hanya pelari itu sahaja yang tahu akan keupayaannya ketika perlumbaan dijalankan. Jika ada pelari yang memintas di hadapan adalah lebih baik membiarkannya, tetapi jangan sampai ketinggalan jauh daripadanya.


Meningkatkan kepantasan pada akhir larian

Walaupun kebanyakan pelari tidak terdaya lagi untuk membuat pecutan pada peringkat akhir larian, namun setidak-tidaknya dia hendaklah menyimpan sedikit tenaga untuk meningkatkan kelajuan dalam mencapai garisan penamat.

Tempat larian

Seperti dalam acara 5000 meter, pegawai perlumbaan juga akan membunyikan loceng atau siren memberi isyarat apabila pelari mempunyai satu pusingan lagi untuk menamatkan lariannya. Dalam satu pusingan akhir itu, pelari boleh membuat perancangan sendiri tentang bentuk larian yang akan digunakan. Seperti yang dinyatakan, pelari hendaklah meningkatkan larian pada peringkat akhir lariannya. Cara menamatkan larian untuk acara ini adalah sama, iaitu dengan mendepankan bahagian torso.

Acara Lari Jarak Jauh 10 000 Meter

Acara lari jarak jauh 10 000 meter dijalankan dalam 25 pusingan balapan 400 meter. Ini bermakna pelari akan berlari sejauh 10 kilometer. Oleh sebab jumlah keseluruhan pusingan ialah 25 pusingan, ini bermakna permulaan untuk acara ini ialah pada tempat permulaan di garisan penamat acara larian. Oleh sebab jaraknya agak jauh, acara 10 000 meter ini tidak terdapat dalam kebanyakan kejohanan olahraga di peringkat sekolah. Acara ini juga tidak disertai oleh kaum wanita.

Aturan Larian

Sebagai panduan, berikut adalah sebahagian daripada aturan dan undang-undang larian untuk acara 10 000 meter. Pelari dinasihatkan supaya memahami aturan ini sebelum dia dapat mengambil bahagian dalam sesuatu kejohanan atau perlumbaan.Pelari akan berlari sebanyak 25 pusingan balapan bersaiz 400 meter.Pelari akan berlari mengikut lorong tertentu. Pelari hendaklah berlari dari mula hingga akhir larian untuk memenangi sebarang kedudukan. Pelari yang menarik diri dikira batal dan terkeluar daripada perlumbaan.Pelari dibenarkan berhenti atau berjalan sebentar jika perlu dan kemudian meneruskan larian, tetapi dia mesti berada di balapan dan tidak mengganggu pelari lain yang sedang berlari.

Pegawai perlumbaan akan membunyikan isyarat arat siren apabila pelari mempunyai satu pusingan lagi untuk menamatkan lariannya.Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan dibenarkan untuk berlari serta mempunyai nombor peserta serta logo atau bendera pasukan atau negara yang diwakilinya. Pelari boleh berlari sama ada dengan kasut, spikes ataupun tanpa berkasut, tetapi kasut itu hendaklah tidak mendatangkan masalah atau kemungkinan kecederaan kepada pelari itu atau pelari lain. Pelari hendaklah berlari dengan mematuhi aturan serta undang-undang yang ditetapkan oleh IAAF. Pelari tidak dibenarkan melakukan sesuatu kepada pelari lain dengan niat untuk menghalangnya untuk berlari, untuk mencederakannya atau untuk membatalkan lariannya. Pegawai perlumbaan akan memberi isyarat batal jika terdapat pelari yang bertindak demikian. Pelari hendaklah mengambil bahagian dengan penuh semangat kesukanaan dan tidak bermegah jika mencapai kemenangan serta tidak pula berkecil hati atau kecewa jika tidak berjaya.


Teknik Larian

Disebabkan acara 10 000 meter ini juga merupakan acara lari jarak jauh, cara atau teknik larian acara ini juga adalah sama dengan acara 5000 meter. Sebelum seseorang pelari berhasrat untuk mengambil bahagian dalam acara ini, dia hendaklah sihat tubuh badan dan telah mengikuti latihan intensif dan bersistem selama satu tempoh tertentu, supaya dia benar-benar bersedia secara fizikal dan mental. Bayangkan jika pelari itu tidak bersedia, dia akan berlari sejauh 10 000 meter, sudah tentu akan membebankan dirinya.

Walaupun secara umumnya, teknik larian acara 10 000 meter ini adalah sama dengan larian 5000 meter, pelari harus bijak membuat perancangan supaya lariannya berkesan dan tidak mendatangkan kemudaratan kepadanya. Perancangan adalah penting disebabkan jaraknya yang jauh, sudah tentu memerlukan banyak tenaga, stamina dan daya ketahanan daripada pelari yang ingin mengambil bahagian dalam acara ini yang merupakan acara larian paling jauh dalam olahraga. Dengan kata lain, pelari hendaklah serius dalam acara ini sama ada dari segi latihan ataupun perlumbaan.

Permulaan

Gaya berdiri adalah cara biasa yang digunakan oleh pelari dalam perlumbaan 10 000 meter ini. Setelah semua pelari bersedia, mereka akan beratur di hadapan garisan permulaan dengan memakai peralatan serta pakaian yang sesuai. Pegawai pencatat pusingan sudah tentu akan sibuk dengan senarai nama peserta yang mengambil bahagian. Mereka mencatat setiap pusingan yang dilepasi oleh para pelari bagi mengelakkan kemungkinan pelari berlari dengan bilangan pusingan yang berkurangan atau berlebihan.

Kedudukan pelari di garisan permulaan adalah sama. Garisan permulaan bagi acara ini ialah padaa permmulaan 400 meter, tetapi pada garisan lurus bukan seperti untuk permulaan 400 meter. Pegawai permulaan akan memastikan semua peserta bersedia, sebelum pegawai pelepas memberi isyarat untuk memulakan perlumbaan. Arahan atau isyarat yang diberikan oleh pegawai pelepas adalah sama. Sebaik perlumbaan bermula , pelari akan cuba memasuki lorong yang paling dalam bagi mengelakkan diri daripada berlari pada jarak yang lebih jauh jika lorong luar digunakan. Sebaik-baiknya pelari hendaklahmemulakan larian dengan agak laju sedikit bagi melepaskan diri daripada kumpulan pelari lain, jika tidak sudah tentu pelari berkenaan akan berlari bersama pelari lain dalam kumpulan.

Melakukan Larian

Tidak dapat dinafikan bahawa tidak mungkin pelari untuk acara ini mampu berlari dengan kederasan yang tinggi dan dikekalkan di sepanjang jarak. Pelari hendaklah berlari pada kelajuan yang sama dan meningkatkan sedikit kelajuan pada peringkat akhir larian. Apa yang penting ialah pelari hendaklah dapat menyimpan tenaga untuk kekal sepanjang larian. Pelari yang tidak dapat menyimpan tenaga sudah tentu mendapati sukar untuk meneruskan atau menamatkan larian. Seperkara lagi ialah pelari hendaklah berlari mengikut rentak dan keupayaan sendiri tanpa mengikut atau pengaruh oleh larian pelari lain. Umumnya teknik larian 10 000 meter ini adalah sama seperti larian 5000 meter atau sebarang jarak jauh yang lain.

Berlari pada lorong bahagian dalam

Pelari harus berusaha berlari di lorong paling dalam supaya jarak tidak berlebihan berbanding berlari di lorong luar.

Mengekalkan kepantasan

Selepas melakukan larian dengan baik, pelari hendaklah mengekalkan kepantasan yang sama sepanjang larian. Walaupun pelari keletihan selepas jarak tertentu, namun dia harus berusaha mengekalkan kelajuan itu sehingga tamat larian dan menyimpan sedikit tenaga untuk meningkatkan larian pada akhir perlumbaan.

Berlari mengikut rentak dan cara sendiri

Jangan sekali-kali berlari mengikut rentak lawan untuk acara jarak jauh keran pe;ari sendiri akan terperangkap dan mungkin tidak dapat menamatkan larian.

Menyimpan tenaga

Pelari harus bijak berlari tanpa menggunakan tenaga yang banyak sehingga gagal meneruskan larian disebabkan keletihan, kehausan dan ketiadaan tenaga.

Menamatkan Larian

Selepas para pelari melepasi pusingan ke 24, yang bermakna mereka mempunyai baki satu pusingan lagi untuk menamatkan larian, loceng atau siren akan dibunyikan oleh pegawai perlumbaan. Ketika inilah pelari akan membuat perancangan sendiri tentang bentuk larian yang akan mereka lakukan semasa menamatkan larian acara ini. Walaupun pada peringkat ini kebanyakan pelari sudah keletihan dan mulai kehilangan tenaga, jika boleh pelari hendaklah meningkatkan sedikit kepantasan pada peringkat akhir larian. Peserta yang paaling awal tiba di garisan penamat diistiharkan pemenang.

Keperluan Latihan

Dalam sukan olahraga dan acara jarak jauh khasnya, tiada jalan singkat atau mudah untuk seseorang mencapai kejayaan melainkan melalui latihan. Seseorang pelari itu mungkin mempunyai kelebihan semula jadi yang ditambah dengan bentuk fizikalnya yang sesuai tetapi tidak mungkin dia akan menjadi pelari jarak jauh yang berjaya jika dia tidak memberi perhatian serious kepada latihan. Latihan yang berkesan haruslah diawasi oleh jurulatih atau guru pengawas atau seseorang yang lebih berpengalaman dalam acara itu. Jurulatih itu juga hendaklah menjadualkan corak latihan yang akan dijalankan dan pelbagai aspek lain berkaitan dengan pelari dan acara larian itu.

Dalam menjalani latihan untuk lari jarak jauh, pelari hendaklah mematuhi empat perkara penting yang wajar diikuti oleh setiap setiap pelari jarak jauh. Perkara ini merangkumi latihan meningkatkan stamina, merangka jadual dan larian, latihan angkat berat dan keadah mengekal dan meningkatkan larian. Jurulatih harus merangkumkan empat aspek ini dalam latihannya. Ada antara jurulatih mempunyai keadah dan cara masing - masing dalam mengendalikan latihan tetapi hakikatnya mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk meningkatkan larian pelarinya dan mencipta sesuatu ytang diharapkan.

Joging

Jogging adalah berlari pada suatu jarak yang jauh di samping melakukan beberapa latihan fizikal yang bertujuan memberi ketahanan dan kelenturan kepada pelari supaya dia berkemampuan untuk mengambil bahagian dalam acara jarak jauh itu. Latihan ini adalah satu bentuk latihan yang sesuai, walaupun ada antara mereka yang tidak bersetuju, kerana mereka beranggapan bahawa larian untuk joging tidak mengikut kehendak dan kelajuan yang sesuai untuk acara jarak jauh. Bagaimanapun latihan ini adalah lebih sesuai sebagai latihan di luar musim sebagai cara mengekalkan kecergasan diri dan persedian untuk latihan sebenar. Cara paling baik dalam berjoging bagi meningkatkan prestasi pelari jarak jauh ialah dengan menggunakan cara larian yang berbagai - bagai kelajuan atau berlari bersama bebanan.

Latihan Pelaziman

Latihan pelaziman bertujuan meningkatkan stamina pelari hendaklah diadakan sebagai persedia awal pelari. Latihan ini biasanya diadakan bersama latihan lain atau sebagai gabungan dengan latihan larian. Pelari boleh meningkatkan bilangan dan jenis latihan yang sesuai dari semasa ke semasa. Ada baiknya latihan pelaziman merangkumi tiga aspek utamanya seperti berikut:

1. Latihan memanaskan badan yang antara lain merangkumi aspek - aspek seperti berjoging dan lari pecut untuk jarak tertentu.

2. Latihan mingguan yang agak berlainan daripada latihan harian.

3. Mengadakan latihan secara berterusan mengikut jadual yang ditetapkan.

Latihan Angkat Berat

Sebagai olahragawan, setiap pelari harus mengikuti latihan angkat berat sebagai keperluan asas mereka. Tidak semestinya latihan ini diadakan setiap hari, memadailah sekadar seminggu sekali atau dua kali. Bentuk latihan hendaklah berunsur pelaziman yang melibatkan semua anggota tubuh badan.

Tuesday, May 13, 2008

MENGUKUR KADAR NADI

Keupayaan otot jantung bekerja dapat diukur dengan cara mengira denyutan nadi. Ia dapat dirasa atau dipastikan dengan cara meletakkan keempat-empat jari kecuali ibu jari kita ke pergelangan tangan setentang dengan ibu jari atau dibahagian bawah telinga.

i. Carotid Artery

ii. Radial Artery

Kadar Nadi Rehat (KNR)

Kadar nadi rehat (KNR) iaitu denyutan nadi pada masa tidak melakukan aktiviti. Untuk mencari KNR yang tepat, ambil denyutan nadi pada waktu pagi, bangun daripada tidur, sekurang-kurangnya dua hari berturut-turut selama 10 saat pada tiap-tiap bacaan. Pada waktu tersebut kita belum melakukan sebarang aktviti. Kemudian ambil purata daripada bacaan tadi yang telah dilakukan dan di darab dengan 6 untuk mendapatkan KNR untuk selama seminit.

Contoh:-

12 denyutan selama 10 saat x 6 = 72 dsm.

Kadar Nadi Maksimum (KNM)

Kadar nadi maksimun ialah dengan menolak umur daripada angka 220 dimana 220 telah ditetapkan oleh ahli-alhi fisiologi senam sebagai satu angkatap formula.

Contoh:-

Umur subjek ialah 33 tahun.

KNM = 220 – 33

= 187 dsm.

Kadar Nadi Latihan (KNL)

Setelah mendapat KNR, bolehlah ditentukan pula kadar nadi latihan (KNL)

Contoh :-

KNM = 220 – 33(umur)

= 187 dsm

KNR = 12(denyutan untuk sepuluh saat) x 6

= 72 dsm.

KNL = KNM – KNR

= 187 – 72

= 115 dsm.

Kadar Nadi Sasaran (KNS)

Untuk mendapatkan pengiran KNL yang ideal bagi 60% ialah dengan menggunakan formula ini.

Contoh :-

(KNM – KNR) x 0.6 + KNR

= (187 - 72) x 0.6 + 72

= (115) x 0.6 + 72

= 69 +72

= 141 dsm

Hanya empat orang sahaja yang melepasi standard ujian masa 2.4km pagi ini iaitu Jega, Tom, Nasri dan diri aku sendiri masing-masing dengan catatan masa 9.27 saat, 10.25 saat, 10.45 saat dan 11.02 saat dimana rakan-rakan yang lain melakukan melebihi 12 minit. Walaupun Tom dan Nasri berjaya memotong aku bukanlah bermakna catatan masa aku hari ini tidak baik kerana setakat ini masa terbaik aku adalah 11.10 saat untuk jarak 2.4km, cuma mereka berdua lebih baik daripada aku kerana latihan yang konsisten.

Monday, May 12, 2008

Aku tertidur dari petang tadi hingga hampir ke waktu Isyak, mujur Maghrib tidak menjadi korban akibat syaitan yang berkerumun menutup mata aku. Aku betul-betul kepenatan hari ini kerana menjalani ujian amali olahraga, bola tampar dan jimnastik. Aku langsung tidak dapat mengharap markah penuh untuk bola tampar dan jimnastik cuma mengharapkan olahraga yang tidak mendatangkan masalah besar kepada aku. Aku cuma mengharap aku dapat mengutip markah penuh untuk ujian kecergasan esok hari setelah pelbagai usaha meringankan badan selama beberapa minggu ini.

Sunday, May 11, 2008

Cinta

Bermacam cara manusia mendefinasikannya

Samada ia menuntut seorang anak derhaka kepada ibunya

Samada ia menuntut nyawa

Samada ia menghilangkan kewarasan akal dan budi

Samada ia mendekatkan sang kekasih pada penciptaNya

Yang pasti ia akan mengorbankan masa;

cuma untuk mengetahui bahawa mereka tidak serasi,

cuma untuk mengetahui mereka tidak diciptakan untuk bersatu,

dan cuma untuk mengetahui mereka tidak sepatutnya bertemu.

Cuma yang masih menjadi persoalan mengapa bercinta jika hanya untuk berpisah!

Raja Melewar

11 Mei 2008

Saturday, May 10, 2008

Awal pagi ini aku dan Tom dihantar ke Dataran Merdeka untuk Larian Bomba oleh Zainab dari Seremban, mungkin itulah tanda nilai persahabatan dimana aku suka menyusahkan kawan-kawan di waktu susah dan apabila senang aku pun menghilang. Aku masih gagal memperbaiki rekod yang di buat dua minggu lepas walaupun berjaya memotong Farid di kilometer ke 9. Mengharapkan Tom mendapat medal juga tidak kesampaian walaupun dia berada di hadapan mungkin kerana jumlah medal yang sedikit seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu cuma hingga peserta ke 75. Mungkin kepenatan mengadakan latihan kayak sehari suntuk semalam di Port Dickson boleh dijadikan “escapism” kali ini, dan sudah hampir separuh tahun 2008 aku masih gagal meletakkan diri aku di tempat 100 terbaik seperti tahun lepas.

Thursday, May 08, 2008

Hampir jam 1.00 pagi aku masih berbaring beratapkan langit di tengah-tengah padang astaka sambil memasak ayam goreng dan nugget bersama-sama “budak-budak muda” bercerita tentang hantu di Pangkor. Seronok sakan mereka dengan hal-hal hantu walhal tempat aku berbaring itu sebenarnya punca beberapa murid dan guru sekolah menjadi histeria kerana melihat benda misteri di sini dari sekolah mereka tiga minggu lepas. Sewaktu menikmati “majlis” tersebut juga aku dikejutkan dengan berita Panjang dimasukkan ke Hospital Seremban kerana masalah batu karang, maka terpaksa dikejarkan ke Hospital Seremban dan seperti biasa terpaksa menunggu hingga hampir mati lalu Atan menghantarnya terus ke Tawakal Senawang.

Wednesday, May 07, 2008

Hari ini adalah hari yang paling teruk untuk tahun 2008 dalam hidup aku, puncanya hanya kerana gagal melepasi masa di bawah 16 saat untuk 100 meter dan lebih teruk aku berada di tempat tercorot sewaktu sukantara petang semalam. Berguling-guling macam tenggiling kawan-kawan aku mengelakkan aku kerana sewaktu perlepasan pun aku sudah berada di belakang apatah lagi sewaktu di garisan penamat, mahu sahaja aku tutup muka aku yang berjerawat ini sewaktu berlari!.

Hari ini adalah hari yang paling teruk untuk tahun 2008 dalam hidup aku, puncanya hanya kerana gagal melepasi masa di bawah 16 saat untuk 100 meter dan lebih teruk aku berada di tempat tercorot sewaktu sukantara petang semalam. Berguling-guling macam tenggiling kawan-kawan aku mengelakkan aku kerana sewaktu perlepasan pun aku sudah berada di belakang apatah lagi sewaktu di garisan penamat, mahu sahaja aku tutup muka aku yang berjerawat ini sewaktu berlari!.

Tuesday, May 06, 2008

Tengahari semalam aku “diculik” keluar untuk merayakan hari lahir aku yang ke 34 di Pizza Hut Central Point, Seremban. Terharu juga aku dengan sambutan yang diberikan menandakan bahawa kehadiran aku di sini amat disedari sama juga seperti keadaannya di pejabat lama aku di Taman Desa, dan sejumlah lebih RM260.00 dikeluarkan oleh kawan-kawan aku untuk itu . Aku menerima banyak ucapan tahniah melalui sistem pesanan ringkas dan kiriman emel, ini amat berbeza dengan dua abad yang lalu dimana aku memikirkan bermacam cara untuk menulis ucapan pada kad sempena hari lahir kawan-kawan aku. Seharusnya aku berubah mengikut peredaran masa namun jika soal memberi ucapan aku masih melihat cara purbakala tersebut lebih menyentuh jiwa kerana nilai-nilai sentimental yang ada padanya.

Monday, May 05, 2008

Mungkin lebih baik begini

Hari ini seorang lagi merajuk denganku

Rasanya sudah banyak kali insan merajuk denganku

Kenapa acapkali aku tidak berada di sisi

Mereka akan merajuk

Setiap kali itu terjadi aku perlu memujuk

Bila difikirkan kembali oleh otakku yang dangkal

Seharusnya aku bersyukur kerana

Kehadiran aku dirasai di sisi mereka

Aku tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi

Jika kehadiran aku langsung tidak membawa apa-apa makna kepada mereka

Sudah tentu mereka tidak akan merajuk

Dan aku tidak perlu memujuk

Dan aku berharap sangat itu tidak berlaku di hari lahirku

Iaitu pada hari ini, tahun depan atau tahun-tahun seterusnya.

____________________

Raja Melewar

5 Mei 2008

Saturday, May 03, 2008

Minggu ini adalah minggu yang tersibuk pada tahun ini hinggakan pada Hari Buruh aku masih di atas padang menyiapkan sepenuhnya trek balapan bersama-sama yang lain hinggakan Makcik Mah berasa kecil hati kenapa aku tidak pulang ke kampung. Lebih hebat kumpulan aku mendapat tentangan dari segenap arah untuk dibatalkan sahaja kejohanan olahraga dan merentas desa dengan alasan bangang seperti terpaksa berlatih koir pada malam hari. Malam tadi aku, Pak Rahim dan JPP sepakat untuk menangguhkan semua acara pada masa yang sesuai mungkin pada bulan Julai kecuali sukantara tetap diadakan pada petang Isnin dan Selasa walaupun tidak mendapat kelulusan.