Saturday, May 24, 2008

Lega rasanya hari ini kerana aku sudah mula bercuti selama tiga minggu tanpa gangguan “projek besar” seperti sebelumnya. Minggu yang penuh tekanan dimana mental dan fizikal dikerah ke tahap maksimum hingga kadang-kala hingga ke jam 12.33 pagi di jimnasium semata-mata untuk menyelesaikan “micro teaching” yang tertangguh oleh Puan Suraya. Aku sepatutnya sudah boleh berkemas untuk pindah ke rumah sewa di Kampung Jiboi namun semuanya hampa kerana terpaksa melaksanakan polisi kerajaan supaya tinggal di asrama. Mujur aku masih belum membayar cengkeram lagi, namun dari satu sudut aku dilihat sebagai tidak beretika kerana melanggar perjanjian.

1 comment:

aishah jamal said...

Tinggal di asrama tu kira ok lah juga. Takdelah nanti ada yang jadi kelawar asyik nak keluar malam.
he..he...