Saturday, May 17, 2008



Hari yang dinantikan kunjung tiba dimana kami harus melunaskan lapan jam bagi memenuhi kerja-kerja masyarakat dalam program BIG 2. Zoo Negara akhirnya sudi menerima kami sesudah beberapa tempat yang dicadang menemui jalan buntu. Setelah taklimat ringkas oleh pihak Zoo Negara pembahagian kumpulan dilakukan dimana Tom, Nizam, Fida dan aku ditugaskan membersihkan kotak pameran ular. Di sini terdapat 27 jenis ular yang menempatkan 65 ekor kesemuanya dimana hanya terdapat 8 jenis ular yang berbisa iaitu terdiri daripada 23 ekor seperti tedung selar dan kapak. Taklimat ringkas oleh Hamdan selaku penyelia di sini ialah faktor-faktor keselamatan untuk mengelakkan daripada ancaman ular.


Pada peringkat awal beliau memilih kotak pameran yang harus diganti lanskapnya, ini kerana keadaan pasir yang berbau akibat najis ular sudah tidak baik untuk kesihatan ular. Selepas ular di keluarkan, segala isi kandungan kotak pameran seperti batu, pasir, kayu dan pokok harus diganti. Batu dan kayu boleh digunakan semula dengan membasuhnya, cuma pasir perlu diganti dengan pasir baru yang sudah melalui proses pembersihan dengan bahan kimia. Begitu juga dengan pokok yang layu cepat kerana penggunaan penyaman udara.


Sebanyak enam kotak pameran kecil dan satu kotak pameran besar berjaya disiapkan sebelum pukul 4.00 petang sebelum pulang ke Seremban. Terdapat beberapa peristiwa yang meninggalkan kesan iaitu bagaimana seekor ular sawa liar bertindak ganas tanpa sebab, tedung selar yang terlepas daripada kurungan semasa sesi member makan dan bagaimana suara sebenar keadaan semburan sebenar ular tedung di dalam kotak cermin jika melihat manusia semuanya cukup menakutkan. Mungkin satu cara untuk menghilangkan rasa takut terhadap ular ialah membiasakan dengan suasananya.



“Manusia mempunyai kuasa untuk membinasakan, tetapi adakah ia berhak untuk berbuat begitu?”




2 comments:

aishah jamal said...

Wafi, ngeri je akak tgk awak pegang ular kuning ni lah.. Kalu kat depan mata, mau akak terjerit tu..eh tu ular spesis apa ye?

Maswafi Abd Samat said...

Ular Sawa albino