Thursday, July 17, 2008

Hanya tekanan kerja yang membuatkan aku ketagih semula merokok dan sekarang ia sudahpun diatasi dalam masa seminggu, sekarang ini hanya tekanan untuk mendapatkan “bronze medal” yang begitu dirasai. Dari soal “stroke” sudahpun diperbaiki sedikit demi sedikit yang penting sekarang ialah untuk menamatkan renangan di dalam air dalam masa 1 minit 40 saat untuk jarak 100 meter. 2 minit 57 saat itulah jarak yang paling laju dicapai sabtu lepas masih jauh dari sasaran, jika aku dapat melakukan 2 minit 30 saat besok sudah dikira baik. Sudah dua minggu aku kembali 70% kepada sifat keras kepala aku iaitu mengadakan latihan hampir setiap petang hingga menyebabkan kaki kiri aku yang tercedera semasa Larian Link Kedua tahun lepas kembali terasa sengal. Namun itu semua berbaloi juga kerana aku berjaya mengurangkan berat badan aku sebanyak 0.8 kg termasuk dengan kaedah berdiet. Pagi ini sekali lagi "Panther" aku kehabisan minyak di Paroi, ini bermakna sudah tiga kali ia berlaku dalam masa tiga minggu, rasa seperti hidup aku sudah tidak terurus seperti dahulu kerana kesibukan bekerja. Macam manalah jika aku sudah berkahwin nanti, pagi-pagi lagi kena menghantar anak ke "nursery", tengahari kena menghantar laporan kepada bini, malam kena melayan anak dan tengah malam kena melayan bini, sungguh sukar rasanya hidup ini!

2 comments:

Bila Diary Bercerita said...

Mana ko tau sukarnya hidup bila dah berbini? Akak takut esok-esok ko akan rasa rugi sebab lambat nak beristeri? he..he...kelakar lah ko ni Wafi.

Maswafi Abd Samat said...

Itulah yang bermain dalam fikiran teman....

Tapi kahwin tetap kahwin. hee..hee... cuma sekarang sibuk sangat tak sempat nak berdating.