Sunday, January 10, 2010

Telinga kanan aku yang sakit secara tiba-tiba 2 hari lepas masih belum pulih, tiada rawatan yang khusus dapat dibuat kecuali menelan pil antibiotik yang diberi oleh Pusat Kesihatan Belaga. Tiada farmasi di sini dan untuk ke Hospital Kidurong masa yang paling baik dan ekonomik adalah pada hujung bulan ini. Penyakit ini mengganggu rutin latihan kerana menyebabkan suhu badan meningkat dan melemahkan badan namun aku berjaya melakukan latihan kardiovaskular untuk jarak 10 ribu meter dengan kadar yang perlahan. Kelihatan semasa aku ke klinik 2 hari lepas berlaku kemasukan besar-besaran barang-barang runcit ke setiap kedai yang terputus bekalan kerana kejadian jalan putus di Bukit Jayong. Kami sudah memulakan latihan sukan untuk menghadapi kejohanan sukan pada hujung bulan ataupun awal bulan febuari ini menjadikan tugas aku sangat sibuk sepanjang bulan ini.

No comments: