Wednesday, May 11, 2011

Ucapan Ketua Murid Sempena Hari Guru 2011

Selamat sejahtera dan salam perpaduan,

Saya ucapkan kepada tuan Guru Besar …………………………, Penolong Kanan 1 ……………………………, Penolong Kanan HEM ………………………., Penolong Kanan Kokurikulum ……………………………., guru-guru, staf sokongan dan rakan-rakan sekalian.

Saya ingin merakamkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput saya mewakili murid-murid SK Long Segaham untuk memberikan sepatah dua kata sempena Hari Guru yang di raikan pada pagi yang mulia ini.

Bersyukur kepada Tuhan kerana pada tahun yang cemerlang ini, kita warga SK Long Segaham berpeluang lagi untuk menyambut Sambutan Hari Guru bersama-sama untuk meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru yang bertungkus-lumus untuk menjadikan sekolah kita sebagai antara sekolah terbaik di daerah Belaga.

Sebelum meneruskan ucapan saya, dengarkan pantun ini

A-B-C dan alif ba ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Pantun tersebut menggambarkan kegigihan guru-guru mengajar kami yang serba kerkurangan di sini tanpa kenal penat dan lelah. Gurulah yang mengenalkan kami huruf A-Z dan angka 1 hingga 100. Mengajar kami mengenal suku kata hinggalah dapat membaca dan mengajar kami operasi-operasi matematik hingga kami dapat mengira.

Tanpa guru-guru mengajar kami, kami mungkin gagal dalam pelajaran, seterusnya dalam hidup. Kami amat terharu akan jasa dan pengorbanan guru-guru. Komitmen guru-guru amat tinggi dalam memastikan kecemerlangan kami hingga sanggup mengorbankan wang ringgit, masa dan tenaga dengan mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan pelbagai program untuk membimbing kami.

Selain dalam bidang pelajaran, guru juga berperanan membentuk peribadi mulia di kalangan kami. Supaya apabila kami cemerlang dalam bidang pelajaran kami juga cemerlang dalam akhlak kami.

Cuba fikirkan sejenak, adakah selama ini kita berbuat sesuatu untuk guru-guru kita? Adakah kita sentiasa mendengar nasihat mereka? Oleh itu saya menyeru kepada rakan sekalian sentiasa menghargai guru dan mengenang jasa mereka yang ibarat ibu bapa kita di sekolah. Setidak-tidaknya jadilah manusia yang berguna kepada bangsa dan negara pada masa hadapan sebagai tanda penghargaan kita kepada mereka.


Akhir sekali, sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran, saya berdoa agar SK Long Segaham terus cemerlang dan lebih gagah menghadapi cabaran serta mencapai matlamat menjadi sekolah terbaik bukan sahaja peringkat daerah, tetapi peringkat negeri.

Semoga dengan keizinan Tuhan, guru-guru kita sentiasa diberkati, sihat dan sejahtera.

Sebelum saya mengundur diri, ini ada sebuah pantun daripada saya.

Lima enam tujuh lapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

19 comments:

cikgu_liza said...

mintak share ucapan ni yek .... TQ

Raihan said...

contoh ucapan ini sgt membantu saya... terima kasih.. minta izin mahu copy, ya...

Syazzy said...

TERIMA KASIH! thank u! arigato! save the day!

Maswafi Abd Samat said...

no problem. segalanya utk dikongsi di sini.

arsal74 said...

wah..hebat ucapan Ketua Murid ni :)

Ihsan said...

minta share ucapan ni..tima kasih

Anonymous said...

i like....

Anonymous said...

i like....

Anonymous said...

i like....

Anonymous said...

salam, minta izin share ucapan yang sangat menarik ini, terima kasih.

iskandar said...

bleh saye copy teks nie sbb saye tengah nk cepat nie...

mhsa said...

izin share . tQ .

Anonymous said...

Nak minta guna ucapan ini ya

Anonymous said...

ucapan ini menarik.saya mintak izin untuk ambil beberapa potong perenggan untuk buat ucapan saya boleh? terima kasih. semoga sekolah anda terus cemerlang..

Anonymous said...

beb.. saya kp taman melati.. mohn untok share ucapan nie..

Anonymous said...

BEST KARANGAN !!!!!!!!!!SAYA TENGOK

Anonymous said...

BEST GILA AWAK PUNYA UCAPAN!!!!!!!!!!!!NAK PINJAM SIKIT PLEASE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SAIN said...

SAYA SUKA KARANGAN NI PINJAM SIKIT YA

Anonymous said...

...hebat cikgu bahasa melayu kita...selamat hari guru cikgu..mohon share..hehehe