Tirai 2012
Tirai 2012 telahpun dibuka, ini bermakna pengetahuan aku meningkat seiring dengan umur hendaknya. Tahun ini status bujang aku telah berubah kepada sang suami yang mempunyai amanah yang maha hebat. Walaupun isteri aku tinggal di Sarawak untuk sampai ke kediamannya (daerah Selangau) aku terpaksa menaiki perahu selama sejam, hilux selama 4-5 jam dan bas selama 2 jam. Pilihan lain yang aku ada ialah menaiki bot ekspress berkuasa kuda 400 ke Sibu (bandar terdekat dengan Selangau) yang mengambil masa 8 jam setelah ditolak waktu berehat dan henti-henti.
Walaupun begitu hati terasa begitu gembira kerana mempunyai pasangan, mungkin segembira seperti pasangan burung di dalam syurga yang dilihat oleh Adam di dalam syurga sebelum diciptakan Hawa. Tugas-tugas di sekolah rasa sudah tidak terbeban sangat seperti dahulu tambahan guru besar mengagihkan tugas-tugas lama aku kepada Afiq, mungkin berkat berkahwin agaknya. Syukur dan terima kasih ya Allah!.

0 comments:
Post a Comment