Monday, March 02, 2009

Pagi ini sekali lagi aku berpeluang menyanyikan lagu ibu pertiwi (Lagu Sarawak), ia satu permulaan baik kerana musim kemarau sudahpun berakhir. Air gunung sudahpun boleh dinikmati seperti biasa begitu juga dengan perkhidmatan bos ekspress. Selepas menjalani musim kemarau aku lebih rela mengharungi hujan lebat etiap hari walaupun ia sukar juga walaupun musim kemarau menjadikan tempat latihan aku sangat selesa.

Dari sudut lain hari ini juga amat mengecewakan kerana lawatan KSU seramai 40 dibatalkan, mungkin senang bagi sesetengah pihak, namun ia member kesan besar kepada sekolah pedalaman kerana mana hendak diletakkan bahan mentah yang telah dipesan.

Fredie ternampak hantu di padang sekolah pada pukul 7.00 malam hingga menyebabkan bulu romanya naik. Pada mulanya ia menjeritkan nama aku kerana menyangkakan aku yang gila ini sedang berlari mengelilingi padang seperti biasa, namun bila dekati lembaga putih tersebut di tepi tiang gol tiba-tiba ia menghilang. Moses sudah tujuh hari tidak hadir ke sekolah untuk menuntut air gulanya daripada aku, ini amat mengecewakan kerana sudah menjadi kebiasaan beberapa pelajar tidak hadir ke sekolah berbulan-bulan lamanya kerana menolong ibubapa mereka menanam padi.

1 comment:

Pakwar said...

tahniah Mas, pengalaman di sana akan menjadikan anda seorang yang lebih berguna kepada masyarakat. Saya pernah merasakan itu, bila kembali ke kota, tiada siapa yang tahupun kehadiran kita