Tuesday, September 29, 2009

Aku hanya berada di Segaham pada jam 8.30 pagi itupun di atas ehsan Fredie yang sanggup mengambil kami dengan perahunya. Entah kepada semenjak daripada bulan Ramadhan yang lepas aku menghadapi masalah untuk pulang melalui jalan air ke Segaham dari pekan Belaga (satu-satunya cara yang untuk) hingga terpaksa menghabiskan wang menginap di hotel.

Masalah aku yang tidak memahami masalah orang di sini dan sikap mereka yang tidak mahu berterus terang menyebabkan segalanya menjadi susah. Kadang-kadang kita perlu berterus terang walaupun ia pahit untuk ditelan tetapi ia lebih baik daripada aku dan kawan-kawan terpaksa menunggu di tepi jeti hingga malam tempat arwah Cikgu Nizar tenggelam di Batang Rajang mengharapkan ada perahu yang mengambil kami.

Walaupun aku sudah memaafkan perkara ini tetapi ia masih kekal dalam memori merupakan yang paling pahit sepanjang aku berada di Sarawak kerana ia sepatutnya boleh dielakkan jika aku belajar memahami budaya orang di sini dan mereka berterus terang. Ini menyebabkan momentum aku untuk menyambut Hari Raya bersama kawan-kawan sudah hilang kerana peristiwa itu beg aku seberat 15 kg hampir dipenuhi dengan kuih raya yang kubeli di Semenanjung.

Terubat juga hati aku melihat semua murid-murid aku gembira merasa kuih raya yang kubawa dan menerima angpau seringgit. Macam-macam yang didoakan oleh Evelyn untuk aku dan sudah semesti aku cepat mendapat jodoh menjadi usikannya. Begitulah sucinya hati seorang kanak-kanak hanya tahu mendoakan yang baik-baik untuk orang lain.

No comments: