Monday, July 31, 2006

Pulau Mutiara


Sampai sahaja di Stesen Sg Nibong seawal 4.00 pagi 29 July 2006 terus aku beradu di bangku yang disediakan sementara matahari naik seperti arahan Khaliqnya. Perjalanan diteruskan mengambil baju T dan nombor untuk larian di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang Batu Uban yang aku perasan pelan susun atur adalah sama dengan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak. Dua kali jugalah aku melakukan tawaf di setiap tingkat Kompleks Bukit Jambul sementara menunggu kedatangan Zafrul bersama 40 kawannya yang ditaja oleh syarikat mereka untuk untuk menginap di Krystal Suites. Keadaan di Kompleks ini umpama syurga bagi penjudi-penjudi kerana mesin judi itu tidak pernah disorokkan daripada penguatkuasa di tingkat 5 namun kedai-kedai yang lain samalah seperti keaadan di Mid Valley. Acara wajib iaitu makan di Padang Kota Lama dilakukan pada sebelah malam untuk makan benda yang pelik seperti Sotong Kangkung dan Pasembor walaupun tahu akan menjadi "korban" harga. Jika diberi pilihan tempat ini tidak akan masuk dalam agenda ke Pulau Mutiara di masa hadapan bukan kerana harganya yang mahal tetapi lebih kepada tidak seronok melihat pertengkaran mulut antara peniaga yang berebutkan kami hingga menyaksikan geng Mat Rempit turut ikut masuk campur walaupun sebenarnya semuanya takut untuk bergaduh kerana hanya mendapat luka tanpa menyelesaikan masalah. "Penang Bridge Marathon" yang sudah dua tahun menyepi diperkenankan oleh Dato" Sri Samy Vellu, aku berjaya menamatkan 22.3 km dengan catatan 2 jam 15 minit berbanding Zafrul 2 jam 41 minit. Seperti yang dinujum pelbagai dalil yang diberi oleh kawan-kawan Zafrul yang merupakan panglima "favorites" syarikat mereka kerana kalah dengan aku. Dalil yang sebenarnya bagi aku ialah latihan yang dilakukan tidak mencukupi dan memandang remeh kepada cuaca yang menyebabkan permukaan jalan sangat panas hingga banyak "mengorbankan" kasut dan kaki mereka.

1 comment:

Penang Bridge International Marathon 2008 said...

2008 penang bridge marathon is back.

Join the fun today!