Tuesday, July 11, 2006

Transfer of Technology

Itulah kata-kata oleh Encik Danny Hamdan supaya mengambil tempat bos aku dalam ahli jawatankuasa Kelab Sukan kerana bos aku telah mendapat jawatan baru sebagai Bendahari pukul 4.10 petang tadi. Oleh kerana mendapat perangsang daripada semua orang termasuk "big bos", maka jawatan itu diterima dengan rela paksa atau mungkin takut tidak menerima imbuhan bonus pula tahun hadapan. Maka episod "kerja amal" akan bermula hari ini tanpa tangguh kerana banyak yang perlu dibereskan menjelang pertandingan karom dan congkak pada 25 dan 26 Julai 2006. Minggu ini ramai yang pergi kerja membawa muka "selsema burung" kerana kalah berjudi bola. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Durai sahaja kalah sebanyak RM 4,800.00 sepanjang pertandingan Piala Dunia, entah apa yang mereka fikirkan hingga sanggup meleburkan wang sebanyak itu yang mungkin 15 purnama untuk dikumpulkan hanya kerana sebiji bola!.

1 comment:

Anonymous said...

Looks nice! Awesome content. Good job guys.
»