Monday, July 17, 2006

Tiga anugerah Tanah Tinggi

Pahang dianugerahi dengan Bukit Fraser, Cameron Highlands dan Genting Highlands yang sangat sejuk cukup untuk menarik manusia untuk menikmati keindahannya ataupun mambalun harta karunnya. Sudah banyak kali cubaan oleh Berjaya Group untuk membalun harta kekayaan di Bukit Fraser, mujur sahaja Sultan Pahang tidak pernah memperkenankan urusan tersebut kerana mahukan istananya kekal dalam suasana aman dan desa. Sabtu lepas aku, Zafrul bersama sembilan rakannya menikmati keindahan Bukit Fraser hingga menuju ke Puncak Pine Hill tree yang mengambil masa 5 jam 30 minit perjalanan pergi dan balik. Hingga sekarang aku masih tertanya-tanya bagaimana begitu banyak manusia boleh tersesat di sini kerana laluannya tidaklah sesukar seperti yang digambarkan oleh orang tempatan dan media kerana mempunyai banyak penunjuk arah. Maka rumusan telah dibuat bahawa tempat ini terlampau mistik ataupun kerana kegagalan mereka yang tersesat mencari ratusan pokok pine padahal yang sebenarnya cuma ada dua pokok pine di puncaknya yang telah matang mungkin berusia 100 tahun yang agaknya ditanam oleh James Louis Fraser. Tiada lagi tempoh menunggu untuk naik atau turun ke Bukit Fraser kerana jalan kedua yang rosak pada kejadian tanah runtuh 2001 telah dibaiki 2 bulan lalu atas arahan Tengku Mahkota.

2 comments:

Anonymous said...

Super color scheme, I like it! Keep up the good work. Thanks for sharing this wonderful site with us.
»

Anonymous said...

I find some information here.