Friday, March 21, 2008

Hari ini adalah hari keempat aku menjalani PBS di Bidor, begitulah juga dengan Tom, Nizam, Zainab, El dan Aziah di tempat masing-masing. Agaknya apalah yang terjadi kepada mereka entah-entah cuma tidur sahaja di bilik mesyuarat ataupun di stor. Seperti biasa Ann dan Panjang mesti menggelabah jika aku tiada di sisi mereka dan terpaksalah aku mengemaskini maklumat yang ada melalui sistem pesanan ringkas dan emel kepada mereka.
-
Perjalanan ke Bidor cuma mengambil masa 15 minit sahaja itupun selepas melanggar had laju 60km sejam yang dipacak di sebelah kiri dan kanan jalan raya. Aku tidak berapa faham kenapa perlu 60km sejam jika jalannya sangat cantik dan masih selesa dengan 100km sejam. Rasanya kerajaan baru kenalah mengambil inisiatif yang inovatif tentang perkara ini. Lebih baik aku persetankan ini semua kerana yang penting laporan setebal 3 inci perlu disiapkan sebelum 30 Mac ini dengan kerjasama semua penjawat awam di sini.
-
Baru beberapa hari di sini seorang makcik “cleaner” sudah mula mengenenkan aku dengan anaknya yang aku kira baru berumur 21 tahun patutlah dia menemuramah aku seperti majikan yang mahu mencari setiausaha sulit untuk bos yang gatal macam Azam Orang Minyak. Agaknya kalau Nizam yang berdarah muda di tempat aku silap-silap pulang ke Seremban sudah berinai la jari kaki dan tangannya.
-
Baru dua minggu, aku mula merindukan Paroi terutama trek lari dan kolam renangnya, betul kata Tom Jawa iaitu Paroi ada keistimewaan yang tidak ada di tempat lain. Aku cuba juga menghilangkan ketagih dengan berlari ke Pekan Lama namun suasananya masih tidak sehebat Paroi atau paling kurang Bukit Cinta di Universiti Malaya.