Saturday, March 01, 2008

Pagi ini aku agak awal bangun kerana tidak sabar mahu menguji kekuatan dada di Paroi setelah tertusuk dengan bucu besi penutup lubang. 20 pusingan bersamaan 8km di bawah 42 minit sambil meninggalkan Tom 150 meter di belakang membuatkan aku seperti dilahirkan semula dengan jantung yang baru cuma dada terasa sakit bila berlaku hentakan. Nizam pula awal-awal lagi sudah mengalah kerana mengalami masalah rumah tangga dengan aweknya. Ejoq pula dalam keaadaan tempang masih boleh berlari al-maklumlah di sebelahnya ialah awek, cuba di sebelahnya muka aku yang berjerawat ini silap-silap baru lima minit sudah berhenti. Renangan aku sudah semakin baik kerana tidak perlu berhenti rehat untuk jarak 600 meter dan jumlah keseluruhan untuk jarak yang dicapai adalah sejauh 1150 meter. Barulah aku sedar bahawa rentak ambilan nafas aku dan Tom sebenarnya berbeza iaitu dia menggunakan kiraan empat manakala aku adalah kiraan dua, selama ini kesilapan aku ialah mengikut rentaknya itu hingga menyebabkan aku cepat letih.

No comments: