Monday, March 03, 2008

Kekalahan aku kepada Tom untuk trek 2.4km semalam adalah petanda buruk bahawa sakit dada aku sudah semakin teruk daripada semalam. Bangun pagi tadi pun masih terasa sakit yang amat sangat dan flanil sudah semakin habis manakala “Ibuprofen” sudahpun habis sejak semalam lagi. Suasana di Felda Serting Hilir 6 sangat sayu pagi ini kerana Fazil dimandikan dan dikebumikan sambil dikellilingi oleh unit kami yang beruniform kuning. Aku masih agak terkejut dengan berita semalam mengatakan bahawa ia sudah tiada padahal kami baru sahaja berurusan tentang buku yang dipinjamnya daripada aku. Sudah kurang seorang unit kami, namun seperti kata Tom “life must goes on” maka kami akan meneruskan tugas seperti biasa esok hari. Jika tidak kerana Lah kekurangan ahli dalam perlawanan bola keranjang 3x3 petang tadi aku tidak akan mencari pasal bermain kerana dada aku yang masih sakit, rasa seperti tidak berbaloi pula dengan azab yang terpaksa ditanggung sekarang.

No comments: