Sunday, August 17, 2008

Sumbangan Al-Zarqali kepada Tamadun Islam dan Dunia

Pendahuluan

Nama sebenar beliau ialah Abu Ishaq Ibrahim ibn Yahya al-Zarqali dan lebih dikenali sebagai Arzachel di Eropah Latin dan Azarquiel di Andalusia dan Itali. Ia merupakan sarjana yang terkenal di Andalusia (sekarang dikenali sebagai Sepanyol) juga dikenali sebagai Al-Zarqalluh dan Al-Zarqallah. Dia dilahirkan pada tahun 1029 dan menghembuskan nafas terakhirnya pada 1087. Dia hidup disaat-saat kerajaan Islam Andalusia terpisah-pisah dan hampir runtuh di tangan tentera Kristian yang cuma diselamatkan oleh Ibn Tashfin dari Morocco yang menyeberangi Andalusia memerangi tentera Kristian di Zalaqa pada 1089. Sumbangan Ibn Tashfin dan kesinambungan daripada ketumbukan tentera Morocco telah meletakkan Andalusia di bawah pemerintahan Islam untuk selama dua abad kemudiannya sebelum jatuh kepada Kristian pada pertengahan abad ke tiga belas.
Kehidupan dan pencapaian Al-Zarqali

Bidang astronomi dewasa ini dilihat seperti sudah tidak begitu penting sekarang ini hanya kerana kita senang mendapatkan kalendar dan masa yang tepat begitu juga untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat kita disediakan dengan peta yang sangat tepat. Sekarang ini kita mungkin tidak perlu tahu mengambil tahu “sun’s passage” yang ditandai oleh “equinoxes” (berhubung dengan waktu malam dan siang) dan “solstices” (berhubung dengan hari musim panas dan sejuk) kerana sudah tidak relevan dengan kehidupan moden kini. Namun itu sangat berbeza dengan Zaman Pertengahan (Medieval) seluruh kehidupan masyarakatnya bergantung penuh kepada astronomi dalam menentukan waktu membajak, menanam, menuai termasuklah dalam menentukan soal-soal hari perayaan agama mereka.

Sebelum membincangkan kenapa sumbangan Al-Zarqali sangat penting kepada tamadun Islam kita sebenarnya harus mengetahui bagaimana bidang astronomi sangat sinonim dengan agama Islam. Astronomi dan Islam tidak mungin dapat dipisahkan terutama dalam soal-soal perkara asas iaitu penentuan bulan hijrah, waktu solat dan arah kiblat.

Diceritakan oleh Barron Carra de Vaux bahawa beliau juga digelar sebagai “Al-Nekkach” kerana mampu mengukir besi. Beliau mampu menghasilkan pelbagai alat yang diperbuat daripada besi untuk ahli-ahli astronomi di Toledo pada tahun 1062 walaupun beliau bukanlah ahli astronomi, di mana usaha pemantauan astronomi disaat itu dimulakan oleh Yahya Bin Abi Mansur. Setelah sekian lama beliau menarik perhatian para ahli astronomi yang lain kerana dengan pengetahuan yang sedikit, tidak pernah mempelajari sains mahupun buku mengenainya tetapi mampu menyiapkan peralatan astronomi. Dua tahun kemudian dia menjadi ahli astronomi dan kemudiannya menjadi ketua kepada sesebuah kumpulan ahli astronomi. Namun beliau tetap membuat peralatan untuk ahli astronomi yang lain dan telah mula mencipta peralatan astronomi untuk dirinya sendiri. Malah beliau turut mengajar gurunya yang kemudiannya menjadi pengikutnya dalam ukuran yang telah diciptanya.
-
Dia juga telah membina jam Telado yang amat masyhur dimana Al-Zuhri menggambarkan jam tersebut digunakan hingga tahun 1135 hinggalah pada suatu hari Raja Alphonso VI cuba untuk mengetahui bagaimana jam tersebut berfungsi dan mengarahkan Hamis Bin Zabara menceraikann setiap bahagiannya satu-persatu. Malangnya setelah ia diceraikan tiada siapa yang dapat memasangnya semula seperti keadaan asal!.

Mengikut Ahmad Thomson jam ini mempunyai dua bekas air yang mana akan terisi air ataupun kosong mengikut keadaan bulan sabit mahupun bulan penuh. Jika bulan penuh kedua-dua bekas ini akan penuh dan mula berkurangan selepas 15 haribulan dan akan kosong sepenuhnya apabila mencecah ke malam 29.

Sebenarnya itu bukanlah satu-satunya ciptaan beliau, yang paling menarik perhatian ialah ciptaan yang paling canggih dan tepat iaitu “astrolabe” mendatar. Ciptaan beliau yang disertakan penulisan panduan penggunaannya dinamakan al-Safiha al-Zarqaliya dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah astronomi untuk semua laltitud dan termasuk juga koordinasi 29 bintang juga ditandakan dan juga mampu memantau pergerakan matahari.

Ciptaan beliau ini telah menarik beberapa tokoh dunia selepasnya seperti Raja Alfonso dan Regiomontanus untuk menggunakannya dan mengkaji ciptaan beliau hingga panduan penggunaannya dialih ke beberapa bahasa seperti latin dan roman-sepanyol.

Seperti sarjana Islam yang lain beliau juga dapat membetulkan teori orang Greek yang sekali lagi menafikan sains Islam adalah bayangan dari Greek. Plotemy melalui kiraannya menganggarkan bahawa jarak laut Mediterranean adalah 62º namun kemudian dibetulkan oleh al-Kwarizmi kepada 52 º manakala pembetulan oleh al-Zarqali memberikan bacaan yang paling tepat iaitu 42º.

Beliau telah berjaya mencipta “Toledan Table” yang mana telah bertanggungjawab untuk memberi nafas baru kepada para astronomi kerana berjaya menjadikan kenyataan untuk memposisikan sistem planet-planet secara berkomputer pada zamannya pada bila-bila masa semasa cerapan dijalankan. Beliau kemudiannya telah menyunting jadual yang telah dihasilkan beliau di balai cerap beliau di Toledo, Andalusia, juga jadual-jadual lain yang terhasil dari para astronomi lain dari kalangan Islam mahupun bukan Islam.

Beliau juga adalah orang yang pertama menjelaskan secara terperinci tentang pergerakan matahari yang menjauhi bumi (aprehelion) yang mana jaraknya yang terjauh dari bumi sebanyak 12.0 saat per/tahun dan melalui kaedah kajian moden jarak yang sebenarnya ialah 11.8 saat per/tahun. Kajian-kajian yang dibuat beliau telah menjadi rujukan oleh Nicolaus Copernicus dalam mentafsirkan matahari sebagai pusat sistem solar dalam tesisnya”De Revolutionibus Orbium Celestium”

Kesimpulan

Secara umumnya, pengaruh Islam di Andalusia merupakan tempat yang paling utama bagi Eropah dalam menyerap peradaban Islam terutamanya dalam khazanah ilmu pengetahuan astronomi. Masyarakat Eropah juga menyaksikan kenyataan bahawa Andalusia berada di bawah kekuasaan Islam jauh meninggalkan negara-negara tetangganya Eropah, terutama dalam bidang pemikiran dan sains disamping bangunan fizik.

Pengaruh ilmu pengetahuan Islam atas Eropah telah menimbulkan gerakan kebangkitan kembali (renaissance) pusaka Yunani di Eropah pada abad ke-14 M. Berkembangnya pemikiran Yunani di Eropah adalah melalui terjemahan-terjemahan Arab yang dipelajari dan kemudian diterjemahkan kembali ke dalam bahasa Latin.

Walaupun Islam akhirnya terusir dari negeri Andalusia dengan cara yang sangat kejam, tetapi ia telah mempengaruhi gerakan-gerakan penting di Eropah. Gerakan-gerakan itu adalah: kebangkitan kembali kebudayaan Yunani klasik (renaissance) pada abad ke-14 M yang bermula di Itali, gerakan reformasi pada abad ke-16 M, rasionalisme pada abad ke-17 M, dan pencerahan pada abad ke-18 M.


Rujukan

http://www.daviddarling.info
http://www.islamicity.com/
http://www.islamicspain.tv
http://www.muslimheritage.com
http://www.salaam.co.uk/
http://www.sfusd.edu/
http://www.unhas.ac.id

2 comments:

penny stock tip said...

very nice! hahahahaha

Anonymous said...

samuelsons rallies werent gwaxk locally protects pmseic taking profound deprives specialty
lolikneri havaqatsu