Friday, September 26, 2008

Ramadhan sudah tinggal beberapa hari sahaja lagi di kesempatan bulan yang mulia orang kuat parti dajal mata satu sudah beberapa kali memberikan harapan kepada rakyat tentang rancangan gilanya. Pelik sungguh manusia hari ini sudah beberapa kali ditipu olehnya masih juga percaya teori-teori idealisme yang pernah diamalkan semasa menuntut di universiti tertua di Malaysia. Di Malaysia cuma seorang sahaja yang mempunyai sifat-sifat “six elements of leadership” bukan Chedet jauh sekali Pak Lah paling dekat yang mampu menyainginya pun mungkin Sukarno. Tanpa Max yang bertenet dengan Ikin semalam, aku mengambil keputusan melakukan latihan untuk jarak 11 km, mujur cuaca yang sentiasa mendung membantu aku melakukan catatan 56 minit dikira cukup bagus untuk meninggalkan bulan Ramadhan dengan penuh makna.

1 comment:

Anonymous. said...

Bagaimana "harapan gila" hendak jadi kenyataan kalau yang berkuasa menyorok dan mengelak lepas tu hanya pandai berkata2 dan "menyeru". Menyeru rakyat bersatu, menyeru rakyat berjimat dan berhemah, juga menyeru peniaga menurunkan harga barang. Senang betul macam tu... I pun boleh menyeru... menyeru supaya perkataan dajal tidak digunakan bagi merujuk parti yang satu itu.

Farrah