Saturday, June 27, 2009

Dari Similajau Ke Miri

Akhirnya dengan bantuan Cikgu Faiz aku dapat juga keluar daripada pekan Belaga malam semalam dengan tujuan mengambil gaji di bandar dengan menjadikan Sg Asap sebagai transit. Perjalanan menggunakan Hilux selama 3 jam melalui jalan balak dan merentasi duah buah sungai dari Belaga ke Sg Asap adalah satu pengalaman baru.
-
Pagi tadi secara spontan aku membuat keputusan untuk ke Miri berseorangan apabila Cikgu Firdaus dan Cikgu Bad terkandas di Segaham kerana masalah pengangkutan. Untuk ke Miri aku menahan bas ekspress di Simpang Similajau dan cuma dikenakan tambang RM15 "tanpa tiket". Perjalanan hampir 180 km dimana pada separuh perjalananan yang pertama bas berhenti di Pasar Batu Niah, tempat ini sangat istimewa kerana terdapat pelbagai binatang yang pelik seperti ular putih, kura-kura bertanduk dan anak buaya mata merah. Sepanjang perjalanan membuatkan aku bosan kerana permandangan sekeliling hanyalah hutan tidak seperti permandangan ke Kuching yang sentiasa dihiasai dengan tanaman padi.
-
Sampai di Miri keadaan Stesen Bas Ekspress Pujut sangat mengecewakan ,nampak sangat pihak pentadbiran mengabaikan pembangunan khidmat sosial cuma gah dengan bangunan-bangunan besar, shopping complex dan hypermarket untuk ditayangkan kepada orang Brunei mungkin. Untuk mencari makanan halal sangat mudah di sini iaitu di sekitar Mega Hotel begitu juga pasar malam yang dibuka pada malam jumaat dan sabtu. Hinggakan nasi dagang dan kerabu pun ada dijual boleh juga kita melepaskan rindu pada makanan semenanjung.
-
Pasar di sini tidaklah sehebat di Bintulu ataupun di Sibu kerana sangat kecil dan tidak banyak pilihan, begitu juga kita tidak dapat mencari cenderamata untuk di beli di sini. Banyak kedai ekslusif yang menjual cenderamata namun rundingan tidaklah banyak membantu jika melihat harga yang dipaparkan. Mengikut pengalaman aku membeli cenderamata di Pasar Bintulu dan Sibu lebih mudah kerana rundingan dalam pelbagai cara samada mengurangkan harga ataupun mendapat gift yang lain sesuatu yang hampir mustahil untuk dilakukan di kedai cenderamata ekslusif.
-
Shopping complex sangat hebat di sini kerana menawarkan pelbagai jenis jenama pakaian dengan harga yang sangat berpatutan untuk orang Malaysia dan sangat murah untuk orang Brunei yang rata-ratanya datang menggunakan kereta mewah berplat nombor bermula dengan K ataupun B. Hotel budget di sini pun sangat banyak iaitu di sekitar Mega Hotel. Silverwood Inn yang aku huni bersebelahan KFC cuma mengenakan bayaran RM45 untuk double bedded disamping air panas dan tv disamping mudah untuk disembelih oleh rakan-rakan di KFC almaklumlah bila lagi mereka dapat berjumpa aku. Sebagai runners aku masih meletakkan Bintulu sebagai yang mesra pengguna kepada runners terutama perjalanan dari Pasar Tamu ke Tanjung Batu.

5 comments:

Pakwar said...

sayang sarawak sungainya sempit.. ada kayu belian , tapi stesen bas (ikut apa yg dibaca) masih sama ketika saya ke sana bawa team ragbi pada tahun 2001

azura said...

Saya bekas guru mengajar di Semekab 1999. Melalui blog ini saya dapat mengetahui keadaan Belaga . Cuba Ke Mukah lain kali. Dapat makan udang Galah dan ikan segar.Semoga berjiwa besar.

Maswafi Abd Samat said...

Pak War

Stesen bas itu cukup mengecewakan tidak padan dengan status bandaraya, sama keadaannya di stesen bas Kuching. Rasanya di Bintulu dan Sibu jauh lebih cantik, besar dan terurus.

Azura,

Saya akan cuba ke Mukah mungkin pada bulan puasa. Bagaimana untuk kesana dari Bintulu. Ada hotel di situ dan apakah tempat yang wajib saya pergi?

rlan said...

salam tuan wafi, ada ingat ka sama kita, mohon link wa punya blog www.rlans.wordpress.com sama lu punya blog bleh tak
tq enjoy baca lu punya perjalanan

Maswafi Abd Samat said...

Salam.

Mana boleh tak kenal Abang Ramlan!

Tuan presiden Chap Ayam Runners!

Insyallah saya akan link abang punya web link.

Ingat abang kat saya hee...hee..