Tuesday, June 02, 2009

Ipin balik ke Penang maka tinggallah aku keseorangan menghabiskan baki cuti yang sangat banyak ini, jika boleh mendaki gunung pada waktu ini alangkah indahnya. Enjin Honda NSR aku seperti biasa tidak pernah mengecewakan aku walaupun sudah lama ditinggalkan. Makcik Mah menyampah melihatnya kerana ia sangat besar untuk orang yang katik Jawa seperti aku damenyuruh aku menjualnya. Untuk tidak menambah dosa aku yang sudah banyak kerana melawannya aku mengambil keputusan memberi kepada Nuar dimana boleh digunakan untuk bekerja, namun untuk menjualnya tidak ada dalam kotak fikiranku yang sangat degil.

No comments: