Thursday, June 25, 2009

Banyak perkara yang aku terlepas semenjak duduk di dalam hutan belantara contohnya seperti berita-berita sedih dan gembira rakan-rakan aku. Juga aku terlepas daripada membelanja teh tarik dan roti canai Nik Shafini dan Kak Su setiap petang di bangunan Faber (mereka akan memaksa aku walaupun aku sendiri tidak rela). Tetapi yang pasti malaikat maut dapat menjalankan tugasnya walau dimana jua kita berada.
-
Hujan yang turun sedikit masih tidak mampu menaikkan air sungai Batang Rajang untuk membolehkan bot ekspress Bakun-Sibu untuk bergerak. Aku sudah mula menjalankan aktiviti outdoor seperti biasa dengan pergi ke hutan sebelah sungai di Long Menjawah mencari mempelam muda dengan Apok.
-
Kejadian lemas sebelum ini harus dijadikan pengajaran bukannya untuk aku berhenti untuk melakukan kerja yang sepatutnya (salah satu daripada social obligation). Mungkin kita harus belajar daripada masyarakat iban apabila mencari rezeki (memburu) iaitu jangan terlalu takut nanti anak dan isteri tidak makan, tetapi jangan terlalu berani takut isteri menjadi balu dan anak menjadi piatu.

10 comments:

finnie said...

Amboiii3x...klu x mengata aku x sah..dahla x jd dtg ari tuh ada ati nak kutuk aku..huhuhu...

Anonymous said...

I MISS U.........lah...

Anonymous said...

Saya juga suka wilderness activity. Melalui blog ini dapat saya berkongsi cerita. Teruskan membuat sesuatu dgan redha, anda akan sentiasa gembira.

Maswafi Abd Samat said...

a. Janganlah marah Fini, manalah aku tau kau masih follow blog ni. Kalau aku taau mesti aku cerita yang baik2 pasal kau.

b. Jantan mana pula yang menyamar rindu kat aku ni, kalau berani sms i la!!!!

c. Azura??? i betul2 lupa, kita satu maktab ye? anyway thanks.

Anonymous said...

HAHH!!!JANTAN??..I POMPUAN SEJATI LAH....

Maswafi Abd Samat said...

Oohh pompuan ke? jangan marah bagila klu???

Anonymous said...

Apa klu ek?.....ehmmmm..xperlah en wafi..xyah la klu2 nih...saya ni pemalu orgnya....saya jd secret admirer en wafi dah la ye..pemerhati dr jauh..ikhlas tp jauh.......

Maswafi Abd Samat said...

Ini mesti kawan2 aku yang punye kerja ni. Tolonglah jangan menyamar buat i terseksa tau!

Biar i teka kalau tak Ayob mesti si Zafrul, kalau tak Zafrul mesti Azam, kalau tak Azam mesti Syahril, kalau tak Syahril mesti Tom, kalau tak Tom mesti Ustaz, kalau tak Ustaz mesti Max, kalau tak Max mesti Nyong.

Anonymous said...

HE..HE..ALANG-ALANG TEKA BIAR BETUL KE EMPUNYA DIRI........

Maswafi Abd Samat said...

Biar aku teka lagi,i.e:- farrah, sofea, tengku, lia, zainab, el, emma, nancy, margaret, fini,suraya, markonah, marsha, rosnah, shanty, julyca, valentika, angela, kartini, manisha, michella, dalina,jenny, viviana, elizabeth, alicia, melissa, gracia, jacqulynn, atau flora?

Kalau tipu dosa tau?