Wednesday, August 05, 2009

Pagi yang teruk untuk bekerja kerana di serang sakit kepala, demam dan batuk sejak malam semalam. Aku cuma makan paracetamol kerana perkara yang sama juga akan dilakukan oleh klinik kerajaan di sini untuk pesakit yang mengalami demam-demam walaupun sekarang ini semua orang bercerita tentang selsema babi. Jika keadaan semakin teruk aku sendiri akan ke Bintulu mendapatkan rawatan di hospital. Musim kemarau yang berlanjutan sejak dari cuti sekolah terdahulu tidak banyak membantu aku dengan suhu sepanas 35 darjah celcius. Air sudah tidak pernah sampai ke pili rumah untuk tujuan nature call, semua urusan berkaitan dengan air hendaklah keluar dari rumah untuk mencarinya, kami dikira bernasib baik kerana empangan kecil Sg Musi tidak pernah kering.

No comments: