Friday, August 28, 2009

Cuaca yang sangat baik untuk mengadakan latihan kerana tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk cuma debu-debu yang berterbangan di Tanjung Batu akibat penambahbaikan tebing laut mengganggu sistem pernafasan. Sudah masuk hari ke tujuh berpuasa cuma baru dua kali latihan 10 km dapat ditamatkan itupun termengah-mengah kerana masalah batuk yang masih berterusan sebulan yang lalu. Sampai sahaja di Bintulu semalam perkara yang pertama aku lakukan ialah berjumpa dengan doktor swasta untuk mendapatkan pendapat kedua mengenai masalah penyakit aku. Terdapat 5 jenis ubat yang perlu dihabiskan hanya untuk penyakit batuk yang bernilai RM 57.00, harap-harapnya ia berkesan dengan izin maha pencipta. Hampir semua kawan-kawan aku pulang ke semenanjung kerana cuti yang agak panjang, tetapi aku terpaksa melupakan semua itu kerana dikerah bekerja untuk UPSR.

No comments: