Friday, November 20, 2009

Dari pagi hingga ke petang aku membantu Cikgu Andrew untuk membuat gadjet pagar untuk Kem 1 Malaysia yang akan bermula hari esok. Syukur alhamdulillah semua guru-guru dari semenanjung dikecualikan daripada mengikutinya kerana sudah membeli tiket kapalterbang pada hari tersebut.

Walaupun keputusan UPSR sudahpun keluar semalam tetapi tidak seorang pun pihak pentadbir mengambil kisah sejak seminggu lalu ini mewujudkan suasana hairan di kalangan aku dan rakan-rakan. Bila keputusan di ambil dari PPD Belaga hasilnya cukup mengecewakan kerana cuma 35% yang lulus penuh iaitu 7 orang.

Sudahpun aku tegur pihak pentadbiran secara pada bulan Mac yang lalu dan tidak pernah sekalipun menyesal walaupun ditekan kerana teguran tersebut. Bagi aku keputusan UPSR 2009 tersebut adalah lambang hasil kerja keras guru dan murid-murid mengecat sekolah, menanam bunga dan memotong bunga hampir setiap minggu!.

No comments: