Wednesday, November 25, 2009

Sudah masuk hari ke empat aku di negeri sendiri, terasa sangat sibuk seperti berada di sekolah kerana melakukan rutin seperti biasa di kampung iaitu melakukan tugas-tugas membaja dan menebas di kebun berhampiran Sg. Menderang. Di masa cuti inilah aku berpeluang untuk melakukan urusan-urusan bank dan kerajaan (seperti LHDN) tanpa perlu terkejar-kejar seperti di Bintulu kerana kekangan masa. Makcik Mah sudah sangat sibuk di hadapan kaabah bersama-sama jemaah yang lain melengkapkan rukun islam yang kelima. Maka ini bermakna kami adik beradik akan beraya tanpa Makcik Mah, yang menjadi persoalannya dapatkah aku dan Uda menyiapkan rendang seperti biasa pada esok hari sempena Hari Raya Korban? Adakah rendang akan menjadi masak kicap ataupun ia menjadi masak yang tidak diketahui namanya.

1 comment:

nyOng.is.me said...

selamat hari raya aidil adha, ucle... ;)