Wednesday, June 23, 2010



Masuk hari ketiga aku mula mengajar, pelbagai ragam aku tempuhi yang penting Sigi masih lagi comel dan asyik teringatkan benda makan sewaktu belajar, sukan dan makan. Hari pertama ujian LINUS sudah nampak perkembangan P&P yang aku lakukan terhadap murid buta huruf, jika momentum ini berterusan tiada masalah untuk mencapai sifar buta huruf pada 2012.

Latihan terpaksa ditinggalkan kerana keadaan padang sekolah yang semak-samun setelah sebulan tinggalkan. Ini membuatkan aku terpaksa lebih kreatif dalam mengajar PJK di tempat lain kerana masalah padang. Nasib baik aku sempat mencuri peluang di Bintulu selepas turun dari kapal terbang dengan melakukan latihan kardiovaskular dari Pasar Tamu ke Tangjung Batu.

Suasana di situ nampak lebih indah kerana jalan baru dari Tg. Batu ke Tg. Kidurong telah siap, dimana terdapat padang golf dan pantai pada kiri dan kanan jalan. Jika Max ada di sini sudah tentu kami bersama-sama menjarah tempat yang baru ini, kerana hendak diharapkan aku seorang sangatlah bahaya kerana perjalanan yang sangat jauh dan tiada stesen minyak untuk aku membeli air.

Sejak semalam berduyun-duyun perahu menghala ke Bakun kerana banyak ikan yang timbul, mungkin berlaku kekurangan oksigen di dalam air Batang Rajang akibat perubahan kimianya. Geluk mendapat seekor ikan labang (bentuk seperti ikan patin tetapi putih) seberat 13 kilo dan juga beberapa ekor ikan lain dan sedikit udang. Aku mengambil peluang membeli seekor labang seberat hampir 5 kilo dengan orang kampung dengan tawaran RM50, jika tidak berunding harganya mencecah RM18 sekilo!.

1 comment:

cryclown said...

huhu..xpe..nnt ak dtg ko jd tour guide la..hahaha