Sunday, June 06, 2010

Setia Eco Half Marathon 2010

Sakit-sakit badan akibat Setia Eco ½ Marathon semalam masih terasa, ia menunjukkan segala oksigen di dalam badan sudah digunakan secara maksimum dan sehari dua ini aku harus memulihkannya dengan mengambil protien dan karbohidrat dengan jumlah yang banyak.

Dengan jarak 21km dalam lingkungan masa 130 minit dan berada di tempat ke 126 bolehlah dikatakan agak baik kerana keadaan aku yang sentiasa diperap di Sarawak selama hampir dua tahun setengah. Mungkin dalam masa-masa yang indah di Sarawak adalah masa untuk menimba pengalaman kerja sebanyak mungkin dan memastikan recovery berjalan baik terhadap lutut kiri aku akibat sindrom over training.


Cuma aku amat terasa kehilangan bila dalam larian tiada lagi Nazib dan Firdaus kelihatan seperti selalu walhal setahu aku kesihatan mereka berada di tahap yang terbaik. Kenyataan yang pasti ialah aku tidak boleh pergi jauh tanpa tunjuk ajar Firdaus dan tiada Chap Ayam Runners tanpa Nazib!.


Cuti yang panjang membolehkan aku berjumpa dengan bekas rakan-rakan sekerja di Faber dan banyak yang berubah dari dulu cuma aku tidak faham kenapa Linda (Head of Finance) masih suka berleter pada aku (aku dileter pasal pembayaran socso) walaupun aku bukanlah kakitangan di situ lagi sejak lebih 2 tahun lepas. Begitu juga dengan Nik Shafini dan Kak Su masih menagih minuman petang dengan aku setiap pulang bekerja.

No comments: