Sunday, June 13, 2010

Sudah 2 hari aku asyik sibuk melakukan kerja-kerja pertukangan (membina bangsal rumah) yang sudah agak lama ditinggalkan. Kali terakhir aku bertukang ialah bersama buruh Indonesia yang bernama Herman 10 tahun lepas, dan sehingga sekarang aku masih lagi berhubungan dengannya. Herman yang aku temui semalam katanya sudah penat bertukang dan mahu menumpukan kepada tanaman kelapa sawit seluas 10 ekar yang diusahakannya di sepanjang Sungai Manggis.

Dahulu sebatang tiang konkrit cuma bernilai RM15.00 namun sekarangk ia telah meningkat kepada RM28.00, ini bermakna untuk membina bangsal yang boleh memuatkan 2 buah kereta perlu menghabiskan wang sebanyak RM800.00 untuk bahan binaan sahaja. Jika dicampurkan dengan upah yang kebiasaannya bernilai 80% daripada nilai binaan, ia mungkin membabitkan kos berjumlah RM1500.00.

Kedai Brothers sudah sewenang-wenangnya menaikkan harga roti canai kepada RM1.00, mujurlah ia tidak diikuti oleh peniaga yang lain. Aku tidak pasti di atas asas apakah ia dinaikkan kerana harga tepung masih seperti dulu kecuali gaji Posmen sahaja yang naik. Mungkin kerana itu Man Sekupang (lelaki terencat akal) sudah menaikkan yuran daripada orang ramai daripada RM0.10 kepada RM1.00.!

No comments: