Monday, December 26, 2016
Sunday, April 17, 2016
Saturday, January 16, 2016
Cara-cara memasang jubin
Peralatan
- 1. Tromel bergigi
- 2. Gam simen
- 3. Penukul getah
- 4. Magic saw
- 5. Benang
- 6. Sudip simen
- 7. Tiles spacer/paku
- 8. Jubin
- 9. Penimbang air
- 10. pita pengukur
- 11. kacip
tile spacer
simen gam (25 kilo=RM15.00)
Mula-mula bersihkan simen dari segala benda asing seperti habuk. Untuk balkoni atau ruang yang kecil boleh bermula memasang jubin dari tepi dinding. Untuk ruang tamu hendaklah bermula dari tengah dan membawa ke kiri dan ke kanan. Benda wajib supaya jubin lurus ialah menarik benang dari kiri kanan. Kemudian bancuhan simen gam boleh diratakan menggunakan tromel bergerigi secara memanjang daripada kiri ke kanan dengan kelebaran satu jubin.
Setiap kali meletakkan jubin di atas simen hendaklah di ketuk dengan tukul getah supaya tiada rongga kosong dan gunakan penimbang air supaya ia selaras dengan cerun kita kehendaki iaitu mungkkin rata atau condong sedikit untuk keluar air. Selang jubin yang kemudian kita boleh menggunakan "tile spacer" atau paku supaya setiap jarak jubin sama.
Bahagian tepi yang perlu dipotong saya buat selepas jubin penuh kering. Jubin saya potong menggunakan kaedah "magic saw" yang dibeli di "go shop". Pastikan bahan pembelah terdiri dari bahan yang kukuh seperti besi kecil yang panjang dan kawasan tapak keras (seperti simen) apabila menggunakan kaedah "magic saw". Jika selepas jubin dipotong tapi tidak muat kerana dinding berlekuk boleh dikacip sedikit.
Ada tukang yang menggunakan simen biasa sepenuhnya dan ada yang mencampurkannya dengan simen gam. Saya menggunakan simen gam sepenuhnya kerana kawasan yang dijubin sangat kecil jika kawasan besar kemungkinan saya campurkan dengan simen biasa untuk menjimatkan kos. Untuk membancuh simen gam memakan banyak masa menggunakan sudip berbanding simen biasa. Saya membancuh menggunakan sarung tangan getah berbanding tukang menggunakan mesin. Pada pendapat saya adalah lebih baik mencampurkan simen gam dan simen biasa untuk jubin lantai.
kaedah "magic saw"
Kaedah "lump sump" atau pau digunakan berbanding RM?? sekaki persegi untuk ruangan yang sekecil ini iaitu sekitar RM800-RM1000. Ini kerana kos pengangkutan dan buruh adalah sama untuk kawasan yang besar. Untuk balkoni rumah saya 8 kaki x 5 kaki (40 kaki persegi) barang-barang yang saya beli cuma bernilai RM149.00 sahaja tidak termasuk peralatan.
Posted by Maswafi Abd Samat at 11:50 PM 2 comments
Labels: Ilmuan
Sunday, December 27, 2015
PERJANJIAN SEWA BELI RUMAH
PERJANJIAN
SEWA BELI RUMAH
PERJANJIAN ini dibuat pada tarikh _________________________________________diantara
____________________________________________________(No.K/P______________________)
yang beralamat di _____________________________________________________________________
(Kemudian ini dinamakan “Penyewa beli”)
DAN
Saya ________________________________________________(No. K/P________________________)
Yang beralamat di ____________________________________________________________________
(Kemudian ini dinamakan “Tuan Punya Rumah”)
BAHAWASANYA saya ________________________________bersetuju untuk menyewa belikan rumah beralamat ____________________________________________________________ kepada penyewa dengan harga sewa beli rumah sebanyak RM______________sebulan.
yang beralamat di _____________________________________________________________________
(Kemudian ini dinamakan “Penyewa beli”)
DAN
Saya ________________________________________________(No. K/P________________________)
Yang beralamat di ____________________________________________________________________
(Kemudian ini dinamakan “Tuan Punya Rumah”)
BAHAWASANYA saya ________________________________bersetuju untuk menyewa belikan rumah beralamat ____________________________________________________________ kepada penyewa dengan harga sewa beli rumah sebanyak RM______________sebulan.
Bersama ini juga
disertakan syarat-syarat tambahan sewaan rumah:
·
Deposit sebanyak ____________ ini adalah
merupakan sebahagian daripada harga penjualan rumah yang berjumlah RM 210,000
(Deposit RM10,000 baki RM200,000)
·
Baki deposit hanya akan dikembalikan sekiranya
pihak penyewa tidak dapat membeli rumah berkenaan dengan sebab yang munasabah
(RM1000 akan ditolak bagi setiap bulan sewaan)
2. Bayaran deposit bil air sebanyak RM _______
3. Bayaran deposit bil elektrik sebanyak RM _______
4. Rumah hendaklah dijaga sepenuhnya oleh penyewa
sebelum proses pembelian selesai.
5. Penyewa tidak dibenarkan untuk menambah / mengurangkan apa-apa bahagian bangunan rumah
sewaan kecuali selepas pembayaran penuh telah
dibuat atau dengan persetujuan daripada Tuan Punya Rumah.
6. Penyewa hendaklah menanggung semua kos pembaikan terhadap sebarang kerosakkan rumah (jika
ada) semasa dalam tempoh penyewaan jika kerosakan
tersebut adalah disebabkan kelalaian penyewa sekiranya penyewa memutuskan niat
untuk tidak dapat membeli rumah berkenaan dengan sebab yang munasabah.
7. Penyewa juga tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran bertulis daripada
Tuan Punya Rumah.
Tuan Punya Rumah akan diberikan pendua kesemua kunci yang dipasang atas
tanggungan penyewa, sebelum ia dipasang.
8. Notis perlu diberi oleh Penyewa kepada Tuan
Punya Rumah untuk menamatkan perjanjian sewaan
sekurang-kurangnya SATU BULAN daripada tarikh
penamatan kontrak.
9. Penyewa hendaklah menyerahkan rumah
sewaan kepada Tuan Punya Rumah dalam keadaan baik, bersih, dan
sedia untuk disewakan kepada orang lain serta membersihkan semua sampah dengan
teratur dan sempurna. Penyewa juga hendaklah mengeluarkan semua peralatan, kelengkapan
atau apa juga barangan miliknya yang telah dipasang dan akan membaiki apa juga kerosakan
akibat daripada pemasangan atau pembukaan peralatan, kelengkapan atau barangan
yang dipasang.
10. Tuan Punya Rumah berhak menamatkan perjanjian
sewabeli rumah ini dengan memberikan notis
dalam tempoh sekurang-kurangnya DUA
BULAN kepada penyewa atau dengan membayar ganti rugi
yang sewajarnya.
11.
Sebarang perubahan atau penambahan tentang perjanjian sewa rumah ini yang tidak
disenaraikan dalam butiran perjanjian ini boleh dirujuk kepada perbincangan
antara Tuan Punya Rumah dan Penyewa dari semasa ke semasa.
*******************************
BAHAWANYA, saya (penyewa beli)
______________________________ memahami segala syarat-syarat seperti yang
dinyatakan di atas dan saya bersetuju untuk menyewa beli rumah yang beralamat
seperti di atas.
Tandatangan Penyewa beli:
.................................................
Nama:....................................
No K/P:.................................
No K/P:.................................
Tandatangan Penyewa beli:
.................................................
Nama:....................................
No K/P:.................................
No K/P:.................................
Tarikh: _________________
Tandatangan Tuan Punya Rumah:
.................................................
Nama:....................................
No K/P:.................................
No K/P:.................................
.................................................
Nama:....................................
No K/P:.................................
No K/P:.................................
Tarikh: _________________
Posted by Maswafi Abd Samat at 12:37 PM 15 comments
Labels: Ilmuan
Sunday, November 15, 2015
Wednesday, April 29, 2015
Tuesday, April 28, 2015
Sunday, April 12, 2015
Lencana Kemahiran (Ikatan dan Simpulan)
Posted by Maswafi Abd Samat at 5:45 AM 0 comments
Labels: Pengakap
Lencana Jaya (Ikatan dan Simpulan)
Posted by Maswafi Abd Samat at 4:46 AM 0 comments
Labels: Pengakap
Lencana Maju (Ikatan dan Simpulan)
Posted by Maswafi Abd Samat at 3:47 AM 0 comments
Labels: Pengakap
Lencana Usaha (Ikatan dan SImpulan)
Posted by Maswafi Abd Samat at 3:08 AM 0 comments
Labels: Pengakap
Lencana Keahlian Biasa (Ikatan dan Simpulan)
Posted by Maswafi Abd Samat at 2:39 AM 2 comments
Labels: Pengakap
Subscribe to:
Posts (Atom)