Monday, July 24, 2006

Di Sebalik Tabir


Hari ini begitu banyak pendapat yang konstruktif masuk ke kotak emel aku berkenaan blogspot ini terutamanya tentang mengekalkan "web development" supaya tidak nampak semak dan mungkin menyertakan gambar dalam setiap artikel yang ditulis. Sebenarnya begitu banyak tipu daya dilakukan untuk membina laman web ini terutamanya untuk mengelakkan daripada dikesan oleh Encik Azam yang begitu tergugat kedudukannya setakat ini kerana hampir setiap hari di "qeqah" oleh aku. Encik Azam sebenarnya lebih Khairy Jamaluddin daripada Khairy Jamaluddin kerana pernah mahu menamatkan riwayat blogspot ini seperti yang berlaku kepada malaysia-today.com angkara Khairy Jamaluddin. Sekarang ini dia bercita-cita pula mahu melantik penulis upahan bagi menyelamatkan dirinya seperti Khairy Jamaluddin melantik Kallimullah dan Hishamudin Aun menceritakan yang santun tentang dirinya. Namun sebenarnya penyelidikan kod HTML ke tahap dewa sudah cukup membuatkan aku hampir putus asa, mujur sahaja agak mudah mendapat sumber kod tersebut daripada internet.

4 comments:

Anonymous said...

hai...wafee sy rasa ejaan ni agak glamour utk mamat yg agak hansom mcm u ni...tak tahu lak sy pandagan
org lain terhadp u...tp dr my side u nmpk cool....rasanya tak slh kan untk sy mengenali u dr lebih dekat...

Maswafi Abd Samat said...

Melangit sungguh pujian anda rasanya hingga seperti ke langit ke tujuh, hee..hee... tiada salahnya untuk berkenalan boleh emel terus ke saya di maswafi@fabergroup.com.my ataupun menelefon di talian terus 03-7628 2815

Anonymous said...

Here are some links that I believe will be interested

Anonymous said...

Keep up the good work. thnx!
»