Thursday, January 24, 2008

Akhirnya berjaya juga aku beli sebuah komputer riba Intel Pentium Duo Core bernilai RM2,099.00 jenama Acer (Aspire 4715Z) itupun setelah campur tangan Azam Orang Minyak, jika tidak sudah tentu aku cuma membeli perkakasan Intel Celeron yang ternyata lebih murah. Dengan bantuan Luqman aku berjaya memasukkan Operating System Window HP namun perkakasan WIFInya masih lagi tidak berfungsi. Hendak aku harapkan Wan Baling menolong aku apalah yang dia tahu melainkan setiap malam pergi ke kedai makan Tomyam di Jalan Tunku Kursiah mengurat Shida yang masih tidak dapat-dapat lagi. Muka Ajai aku lihat macam selsema burung kerana masih belum menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan anatominya, entah bila akan siap jika waktunya banyak dihabiskan berbual dengan Wan Baling.

No comments: