Friday, January 18, 2008

Hari ini pada lebih kurang jam sepuluh aku melafazkan "aku janji" selama lapan minit bersama dengan rakan-rakan yang lain termasuklah Asmah yang aku jumpa di hari pertama. Dua orang gagal di hari ketiga kerana masalah pengiktirafan oleh LAN, kasihan pula kerana sudah tentu mereka berdua telah berhenti kerja untuk sampai di sini. Sampai di sini barulah aku tahu jangkaan semua orang di sini adalah sangat tinggi terhadap kumpulan aku di mana bertali leher adalah wajib, tidak boleh berselipar dan boleh berlari 2.4km di bawah masa 12 minit. Akan berada setahun di sini sebelum pelatih di hantar ke seluruh negara pada januari 2009 bukanlah tugas yang mudah kerana begitu banyak peraturan untuk memanusiakan manusia yang harus diikuti, namun ini adalah penting kerana jika aku berbuat salah akan rosak satu generasi berbanding jika doktor gigi berbuat salah cuma hilang satu gigi!

1 comment:

Anonymous said...

Selepas dah ikrar 'akujanji' ni ko xleh lagi lah nak kutuk orang 'gomen' dlm blog ni... bahaya tu.... ha..ha..ha..