Sunday, January 27, 2008

Pagi-pagi lagi aku telah berjoging ke Taman Tasik Seremban, dan perjalanan dari sini cuma 2 km sahaja. Keluasan tasik cuma satu kilometer sahaja itupun sudah cukup membuatkan Wan Baling dan Imad termengah-mengah untuk menghabiskan satu pusingan walhal mereka ini yang datang ke bilik aku malam tadi untuk tujuan pagi ini. Kadang-kadang ia membuatkan aku berfikir lebih baik aku bermain tennis dengan Erlina pagi ini daripada melihat muka Luqman, Wan Baling dan Imad yang berjerawat itu. “Setting” “wireless” aku sudah menjadi pada pagi ini itupun setelah aku mengambil keputusan menukar system operasi Windows HP kepada Windows Vista. Ternyata banyak masalah “hardware” sebelum ini boleh diselesaikan dengan mudah, cuma bila penggunaan Microsoft Office 2007 aku akan “save” dengan versi dokumen 1997-2003 untuk mengelakkkan ia tidak dapat dibuka di komputer “cap ayam” yang lain.

No comments: