Monday, January 07, 2008

Semasa menghadiri kenduri Cikgu Harun aku memberanikan diri mendekati Abang Ngah walaupun sukar melupakan hal-hal di Kem Muara Tesong hingga aku merajuk membawa diri ke Kuala Lumpur tujuh tahun lalu. Hingga sekarang semua anak buahnya masih tertanya-tanya kenapa aku meninggalkan cikgu silat aku sendiri tanpa pernah “say goodbye” secara terhormat sebagai anak didiknya. Kadang-kadang keadaan itu lebih baik daripada melihat kami sudah tidak sehaluan dalam menguruskan kem tersebut di mana saat-saat kekecewaan aku ialah gagal membawa gergasi Proton berkampung di situ. Abang Ngah masih melayan aku dengan baik lagi dan masih menggunakan perkataan “hak kita” untuk kem tersebut cuma aku masih belum bersedia untuk bermula semula.

No comments: