Saturday, March 15, 2008

Lumut















Perjalanan menaiki bas ke Seri Manjung diiringi dengan hujan lebat, tetapi tidaklah mematahkan semangat aku untuk melakukan aktiviti santai walaupun terpaksa menaiki tiga buah bas. Bas terakhir pergi ke situ dari Teluk Intan ialah pada pukul 6.00 petang yang wajib diambil di hadapan pejabat pos yang akan singgah ke Kg. Kayan dan Setiawan. Manakala bas terakhir untuk perjalanan ke Lumut yang jaraknya dalam 7 kilometer kehadapan dari Seri Manjung ialah pada pukul 4.00 petang menunjukkan Lumut itu memang hulu bersamaan dengan pemikiran pihak bangsawan pembangkang di sini.

Sudah lama tidak melihat Lumut aku sangat berbangga dengan dengan pembangunan yang di bawa oleh pihak pembangkang terutama bangunan-bangunan baru menempatkan peniaga-peniaga barangan hasil tangkapan laut dan gerai makan, jika lapan tahun lepas suasananya tidak ubah seperti pasar Chow Kit. Cantik, sangat cantik itulah yang dapat aku gambarkan Lumut, begitu juga senyuman orang di sini bila soalan ditanya ataupun dipaksa menangkap gambar aku yang berjerawat ini.

Banyak hasil tangkapan yang aku perolehi ketika memancing di tiga buah tempat iaitu di Esplanade, Marina Wing 3 dan Teluk Batik. Jenis tangkapan itu termasuklah ulat bulu, tapak sulaiman, gelama dan ikan duri itupun terpaksa memancing daripada pukul 9.20 malam hingga pukul 6.10 pagi. Dalam masa itu terpaksa aku mendengar khutbah Helmi yang berjela-jela hingga ke pagi al-maklumlah dia sudah menjadi kerajaan sekarang dan aku pula sebaliknya. Aku dikira bernasib baik kerana pada waktu itu Sofea tidak putus-putus menghubungi aku hingga talian aku putus tidaklah aku berasa bosan sangat. Jika ada sesiapa yang ingin menangkap ikan di sini aku nasihatkan supaya beli sahaja ikan di pasar kerana tidak banyak ikan di yang dapat dipancing melainkan beberapa pondan yang bersedia dipancing berkeliaran di Esplanade!.



6 comments:

Anonymous said...

Ikan Apa tu??

Anonymous said...

bai..dah ader hobi baru ke..takkan dgr kabor angin aku mancing nagn jenab..dah training mancing kot!hi.hii...

Anonymous said...

bro..aku rindu la ngan trek paroi n kolam renang!!!hu..hu..

Anonymous said...

apasal kecik benor ikan nyer?
he..he...he... tp tak pe lepas ni mesti ko lagi semangat nak gi memancing.

Anonymous said...

LEPAS JUGAK RINDU TGK MUKA U!!!!

Maswafi Abd Samat said...

Sapa pula yang rindu kat i niii???
Please private sms to me. hee..hee...