Saturday, August 30, 2008

Bosan betul menghadapi hari yang kita tidak dapat melakukan apa-apa aktiviti luar di hari cuti. Menonton CD movie dari malam hingga ke pagi pun masih terasa bosan dan ada sahaja yang tidak kena. Sudah menjadi sifat aku, aku terpaksa keluar juga melakukan aktiviti luar. Oleh kerana aku tidak dapat memanaskan badan aku yang masih lemah, aku cuma memanaskan Panther aku di sekitar Jalan Penghulu Cantik supaya dia pula tidak ditimpa sakit. Sakit pada gusi yang dibedah kelmarin masih terasa dan aku masih teringat-ingat bagaimana geraham bongsu itu terpaksa dikeluarkan dalam masa sejam barulah padan muka aku.

1 comment:

Aku Comel said...

kesiannya .. saya pun penah kena bedah geraham bongsu tu pastu kena infection tu kot sebab nya sakit.
minta antiobiotik yg lagi kuat dari doktor.
berdenyut-denyut tak? kalau denyut2 tu konpem infection.