Saturday, August 02, 2008

Hari yang malang bagi aku semalam kerana terpaksa berhempas pulas untuk mempelajari “breast stroke” yang merupakan perkara asas untuk menunda mangsa lemas sejauh 50 meter. Entah kenapalah susah sangat untuk melakukannya hingga aku hampir berputus asa, perkara ini membuatkan aku termenung panjang sendirian di tepi kolam sewaktu semuanya telah pulang. Ia betul-betul mengganggu keseronokan aku bersama Angah dalam rancangan mendominasi jawatan parti keris di kampung maklumlah jika terjadi ketua pemuda menggantikan Rahman silap-silap aku boleh menjadi jutawan segera membalun duit pembayar cukai. Di masa itu bolehlah aku menayang kereta BMW aku depan Nik Shafini dan Kak Su dan dikira bonus jika aku boleh melanggar kereta mereka
-
Jalanraya di sekitar Jalan Dato' Hamzah sangat sibuk kerana kehadiran Mufti negeri Perak ke masjid negeri. Beliau sanggat popular di sini kerana seminggu sebelum penyampaian ceramah Israk Mikraj pada malam tadi semua orang di sini memperkatakan tentangnya. Entah apa pula yang akan keluar di internet esok hari menceritakan pengalaman mereka mendengar ceramahnya dan membuat ulasan penakut kerana tidak menulis nama mereka pada setiap ulasan, pada aku mereka ini suka menokok tambah kononnya untuk tujuan baik. Secara peribadi aku sukakan penyampaian ceramahnya kerana ia tidaklah kasar seperti yang digambarkan oleh media. Sebenarnya di sini pun ramai ulama yang terkenal cuma tidak mendapat liputan yang sepatutnya kerana mana pernah Universiti Al-Azhar membuka cawangan di tempat lain di planet bumi melainkan di Negeri Sembilan.

2 comments:

Anonymous said...

Oooo belum dicalonkan lg ada hati nak langgar ksu ya... agaknye bila dah kaya & ada bmw agaknye ksu temui ajal bawah kete bmw wafi kot.... kejamnye.......

Maswafi Abd Samat said...

Biasala orang kaya memang cam tu tak dapek esei nak menolong