Friday, October 24, 2008

Program di Balai Islam berjalan dengan baik sekali kerana mendapat sokongan majoriti daripada semua pihak. Nasib baik ada El yang merencanakan soal tugasan kepada semua unit walaupun dia bukanlah AJK yang aku lantik hinggakan mereka kata dia adalah PA tidak rasmi aku. Persetankan semua itu kerana yang penting tugas aku akan berjalan dengan mudah dan seperti biasa aku cuma mengagihkan tugas kepada setiap unit tanpa meminta persetujuan daripada mereka. Hendakkan aku memikirkan semuanya sudah tentu tidak dapat aku lakukan kerana aku ini seorang yang mempunyai tanggungjawab sosial yang banyak terutamanya kepada awek-awek. Mengikut Ustaz Muhsinul salah satu sebab kenapa aku dipilih melakukan tugas ini ialah kerana aku tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk menolak kerana jika aku mampu mengadakan program di puncak gunung inikan pula di tempat yang tersedia segala kemudahan.

No comments: