Tuesday, June 30, 2009

Seperti biasa apabila aku berjaya sampai di Segaham mesti waktu Maghrib sudah menjengah dan kadangkala lanjut ke waktu Isyak. Pada Ahad yang lalu dari Miri aku mengambil keputusan menggunakan khidmat Biaramas yang aku samakan tarafnya seperti Transnasional dan dikenakan tambang sebanyak RM20.00. Berbaloi rasanya kerana ia cuma mengambil masa cuma 3 jam 15 minit untuk sampai ke Bintulu berbanding bas lain kerana ia tidak mengambil penumpang tanpa tiket di tengah jalan.
-
Petang ini sudah kedengaran enjin bot ekspress yang dirindui khidmatnya yang bercuti selama lebih kurang dua bulan. Hujan lebat dari pukul 2 petang semalam hingga ke pagi tadi menyebabkan jelatong semakin hampir ke teratak kami. Jika hujan berterusan selama beberapa minggu bolehlah kami tidur sahaja di jelatong sambil memancing ikan baung yang tidak pernah aku dapat.
-
Moses sudah banyak berubah masuk penggal persekolahan yang kedua, dia sudah mula berani bercakap dengan kosa kata yang baru selain daripada perkataan cikgu, terima kasih dan makan. Dia sudah mula berani mempertahankan diri daripada dibuli yang kadang kala membuatkan aku cemas dengan sikap barannya yang mahu memukul kawan yang lebih besar daripadanya. Dia sudah dapat menangkap bola dengan baik jauh semasa dia mula-mula terjun ke dunia kita (dia hanya memerhatikan sahaja bola tersebut hingga terkena kepalanya). Dia sudah boleh diharap untuk aku menyuruhnya melakukan tugas-tugas posmen tetapi malang kerana kerana ia masih menggunakan tulisan makhluk asing semasa melakukan lembaran kerja.!

2 comments:

Anonymous said...

Dulu saya menaiki 4x4 ke Bintulu dari Belaga. Dari situ saya ambil bas ke Mukah. Perjalanan agak panjang berjam-jam.Dah tak ingat. Jalanraya teruk sangat.Cuba tanya Pakwar. Saya pergi bersamanya dulu.
Tapi bila sampai Mukah berbaloi jugak.

Maswafi Abd Samat said...

Tq. nanti saya redah je...