Sunday, July 05, 2009

Hari Ahad sudah seperti hari-hari biasa kerana terpaksa memastikan tahun 6 mendapat input untuk UPSR, dan bekerja 7 hari seminggu atau 24/7 ini akan berterusan hingga peperiksaan UPSR. Tiada tekanan kepada aku mungkin kerana aku bukanlah guru mata pelajaran tahun 6, peranan aku lebih kepada menerangkan teknik-teknik yang betul menjawab soalan peperiksaan dan membantu ulangkaji.
-
Latihan kardio tidaklah mencapai tahap yang memuaskan kerana jarak 10 km hanya dapat dilakukan di bawah 85 minit. Keadaan padang yang tidak rata, kekurangan latihan, terpaksa mengulangi padang 200 meter sebanyak 50 kali, tiada awek menemani aku, perut yang semakin boroi, keadaan padang yang basah, hari yang hujan dan kekurangan oksigen kerana altitud tinggi nyata memberi pengaruh yang besar kepada corak larian.

2 comments:

ogos 1987 said...

hehehehe..
abis la ko wafi...
12/7 ni srmbn hlf marathn..
aku dh dftr msuk 21 km...nk try la..hehehe...
isa ngn zahir pun ade sama gak...
ko doa' la kmi brjy yer...
timing ko dlu bpe?

Maswafi Abd Samat said...

bagus le, 1 jam 57 minit no 52. Seremban sgt panas beb, minum air byk ok ada 3 stesen air.